Daisypath - Anniversary

Followers

Monday, July 15, 2013

Wedding Review#13: Makanan untuk kenduri kahwin – bukan catering

Alhamdulillah, makanan sangat sedap. Ramai tetamu yang hadir puji sedap.  Sampaikan kawan-kawan aku nak tambah lagi.

Kusyuk tetamu menjamu selera

Bersyukur, aku tak perlu upah caterer untuk masakan kenduri.  Setiap kenduri kahwin yang diadakan di perumahan aku, pihak surau akan volunteer untuk masak lauk kenduri.Cuma, kena booked tarikh di papan tanda yang terletak di surau. 

Pihak tuan majlis hanya perlu tetapkan jenis masakan dan sediakan bahan-bahannya sahaja. Yang lain-lain, pihak surau akan uruskan. Pihak surau tidak meminta apa-apa upah pun. Sebagai cenderahati, pihak tuan majlis selalunya akan beri sedikit hadiah. Selalunya kain pelekat dan kain batik.

Walaupun pihak surau yang sediakan, penduduk di perumahan aku akan turut serta membantu bergotong-royong memasak makanan sehingga majlis selesai. Dari memasak, menghidang, mengemas dan mencuci pinggan mangkuk, semua mereka uruskan.

Makcik-makcik di perumahan aku yang membantu cedok lauk

Semua urusan berkaitan makanan ni ,ibu bapa aku yang uruskan. Jadi aku tak tahu berapa duit habis untuk makanan ni. Berbanding catering, masak macamni adalah jauh lebih jimat.

Nasib baik lauk adalah cukup-cukup, tak kurang dan tak lebih. 

Lauk pada hari majlis haritu:
  • Nasi minyak
  • Ayam masak marah
  • Daging masak kurma
  • Sayur campur masak kari
  • Arca Buah
  • Buah tembikai
  • Air Sirap Sunquick
  • Agar-agar (buat sendiri di rumah)


Maaf, gambar makanan  dari OP tiada. Jadi gambar-gambar ini sahaja ada dalam simpanan.

Air sirap sunquick yang sangat sedap. Nyum Nyum Nyum!!!

Lauk kenduri di meja makan pengantin

4 comments:

  1. best klu dpt jiran2 mcm ni...

    ReplyDelete
  2. harap2 kenduri yong nnti cukuplah lauk untuk tetamu smua. Kenduri Yong, orang kampung yg masakkan. Jemput datang kenduri Yong ye zarith, di 12hb 8 di Kuala Nerang, Kedah

    ReplyDelete
  3. Diyana: ha'ah best... jiran2 semua datang tolong.

    ReplyDelete
  4. Yong: InsyaAllah cukup. yang penting, pastikan jumlah jemputan kita betul. Kadang-kadang ada orang terlepas kira jemputan yang dijemput melalui mulut je.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...