Daisypath - Anniversary

Followers

Tuesday, July 16, 2013

Wedding Review#14: DIY Kasut Nikah

Rancangnya nak up entri pasal DIY kasut nikah ni sebelum kahwin. Seperti biasa, ada je hal lain. Maka, baru nak up entri ni.


Burukkan kasut ni? Kasut ni dah lama aku tak guna sampai bahagian belakang kasut ni dah mengelupas kulitnya. Sayang nak buang kasut ni. Lagipun bahagian lain kasut ni tak mengelupas dan masih cantik berkilat. Makanya, setelah mencari idea di internet, datanglah idea nak make over balik kasut ni.

Aku bercadang untuk bahagian belakang tu dengan glitter dust.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Gam putih
  • Berus lukisan
  • Glitter dust
  • Surat khabar
  • Tisu/Tisu basah



Cara-caranya:

  • Bentang surat kabar dulu ya, untuk mengelakkan per”sepah”an glitter dust itu di atas lantai.
  • Cuci bahagian yang mahu di make over itu dengan tisu/tisu basah.
  • Bila da bersih, guna berus lukisan untuk sapu gam putih ke kasut. Pastikan serata yang boleh. Lapkan dengan tisu di bahagian lain yang terkena gam.

  • Selepas itu, taburkan glitter dust di kawasan gam itu. Tabur je banyak-banyak.
Sebahagian yang sudah siap

  • Biarkan kering. Bila dah kering, ketuk-ketuk sikit kasut tu di atas surat khabar untuk buang sisa-sisa glitter dust yang tak melekat.
  • Lap kasut dengan tisu/tisu basah.
  • Masukkan balik glitter dust yang jatuh atas surat khabar ke dalam bekasnya balik.
  • Ulangi proses yang sama untuk kasut sebelah lagi.
  • Siap!!!
Inilah hasilnya. Maaf, waktu ni tak cuci lagi kasut ni. Sebab tu nampak comot sikit




Mudah sahajakan.


Selamat Mencuba!

Monday, July 15, 2013

Wedding Review#13: Makanan untuk kenduri kahwin – bukan catering

Alhamdulillah, makanan sangat sedap. Ramai tetamu yang hadir puji sedap.  Sampaikan kawan-kawan aku nak tambah lagi.

Kusyuk tetamu menjamu selera

Bersyukur, aku tak perlu upah caterer untuk masakan kenduri.  Setiap kenduri kahwin yang diadakan di perumahan aku, pihak surau akan volunteer untuk masak lauk kenduri.Cuma, kena booked tarikh di papan tanda yang terletak di surau. 

Pihak tuan majlis hanya perlu tetapkan jenis masakan dan sediakan bahan-bahannya sahaja. Yang lain-lain, pihak surau akan uruskan. Pihak surau tidak meminta apa-apa upah pun. Sebagai cenderahati, pihak tuan majlis selalunya akan beri sedikit hadiah. Selalunya kain pelekat dan kain batik.

Walaupun pihak surau yang sediakan, penduduk di perumahan aku akan turut serta membantu bergotong-royong memasak makanan sehingga majlis selesai. Dari memasak, menghidang, mengemas dan mencuci pinggan mangkuk, semua mereka uruskan.

Makcik-makcik di perumahan aku yang membantu cedok lauk

Semua urusan berkaitan makanan ni ,ibu bapa aku yang uruskan. Jadi aku tak tahu berapa duit habis untuk makanan ni. Berbanding catering, masak macamni adalah jauh lebih jimat.

Nasib baik lauk adalah cukup-cukup, tak kurang dan tak lebih. 

Lauk pada hari majlis haritu:
  • Nasi minyak
  • Ayam masak marah
  • Daging masak kurma
  • Sayur campur masak kari
  • Arca Buah
  • Buah tembikai
  • Air Sirap Sunquick
  • Agar-agar (buat sendiri di rumah)


Maaf, gambar makanan  dari OP tiada. Jadi gambar-gambar ini sahaja ada dalam simpanan.

Air sirap sunquick yang sangat sedap. Nyum Nyum Nyum!!!

Lauk kenduri di meja makan pengantin

Friday, July 12, 2013

Honeymoon Roadtrip to Phuket#7: Tips memandu kereta ke Phuket, Thailand



Kepada yang ingin memandu ke Phuket, disarankan gerak sebelum tengah malam supaya anda sampai ke Phuket waktu pagi. Jadi pagi tu bolehlah berehat sekejap sebelum beraktiviti petangnya. Kami silap di situ. Kami bergerak awal pagi. Masuk sempadan dalam pukul 8 pagi. Kami berhenti di banyak tempat seperti Trang dan Krabi sebelum sampai ke Phuket. Maka kami sampai Phuket waktu orang balik kerja. Jalan sangat sesak waktu ni dan kami boleh  sesat cari villa kami disebabkan singboard ke villa ni ada yang terlindung oleh pokok dan arah papan tanda yang salah. Makanya, malam tu duduk kat villa sahaja sebab penat.

Tips sebelum ke Phuket

1. Pastikan passport anda masih hidup lagi dan masih boleh digunakan (6 bulan sebelum passport mati). Walaupun passport 6 bulan lagi nak mati, tapi anda tak boleh keluar negara dah tau. Jadi cek dulu tau.

2. Pastikan roadtax tak mati. Bawa geran kereta sekali. Tak pasti sama ada yang fotostate punya boleh guna atau tak.

3.  Sila buat insurans Thailand untuk kereta anda kerana insurans yang anda buat di Malaysia tidak cover Thailand tau. Insurans hanya cover Malaysia dan Singapura sahaja. Aku tak ingat berapa ringgit tetapi sangat murah dan bergantung berapa hari anda tinggal di Thailand. Insurans ni boleh di buat berdekatan sempadan Bukit Kayu Hitam. Insurans ni boleh buat awal dari tarikh nak masuk Thailand ni.

4. Aku tak dapat nak bagi tips seterusnya kerana aku terlepas pandang langkah seterusnya semasa melalui sempadan. Sebenarnya, aku tak cop pun passport aku! Nasib baik tiada apa-apa berlaku sepanjang kami di Thailand. Sebabnya, kami ingat prosedur sama seperti masuk Singapura. Tetapi sebenarnya tidak. Selepas lepas Imigresen Malaysia, ada satu tempat untuk park kereta. Park kereta di situ. Kemudian semua orang kena keluar dari kereta dan pergi ke kaunter berdekatan untuk prosedur seterusnya.

Tips semasa memandu ke Phuket

1. Lebih mudah jika anda ada GPS. Aku hentam je guna GPS handset aku. Sesiapa yang pakai postpaid, pastikan roaming dulu k. Aku ingatkan mahallah kena cas bil telefon. Tetapi rupanya tidak.
ATAU
2. Beli peta Thailand dan pandu mengikut arah dalam peta.

*Nota: Kami betul-betul guna GPS semasa hari pertama sahaja. Hari seterusnya jarang guna sebab sudah hafal jalan. Takdalah susah sangat jalan kat Phuket ni.

Papan tanda jalan di Thailand

3. Jangan risau, jalan di Thailand adalah cantik. Takda lubang-lubang. Tol pun takda. Kereta di lebuhraya pun tidak banyak.  Papan tanda pun tulis dalam bahasa rumi. Jadi mudah. Siap boleh pilih jalan mana nak ikut.

4. Pastikan anda bawa bekalan makanan dari Malaysia untuk makan sepanjang perjalanan. Kerana kebarangkalian untuk jumpa makanan halal tak di ketahui. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Kami bernasib-baik juga kerana tempat rehat (di sepanjang lebuh raya) yang kami berhenti ada makanan halal. Rupa-rupanya tempat-tempat yang kami berhenti itu adalah dihuni oleh komuniti beragama Islam.

Tips di Phuket

1. Makanan halal mudah didapati berdekatan dengan masjid. Kalau tak jumpa masjid, ada je tempat makanan halal bersepah. Cari sahaja tanda halal atau orang berniaga yang pakai tudung. Sebelum tu kompemkan dengan orang kedai makan itu samada halal atau tidak.

Antara makanan halal di Pantai Patong, Phuket

2. Jangan shopping cenderamata, t-shirt dan sebagainya di sepanjang pantai Patong, kerana harga adalah sangat mahal. Sila shopping di Otop Road. Kalau tak tahu kat mana, tanya je orang-orang kat sana. Kami dapat tahu pasal Otop Road ni pun sebab ada seorang pelayan kedai  makan bagitahu kami.

Nampak tak papan tanda belakang tu? Itulah Otop Road, The Shopping Paradise

3. Semasa tawar-menawar, pastikan anda tawar 75% atau 50% daripada harga yang dinyatakan penjual. Percayalah, kerana selalunya harga diorang jual 100% lebih mahal dari harga sebenar. Tapi kadang-kadang rasa tak sampai hati nak letak harga rendah sangat. Eh, eh, bukan aku ye, yang the other half.

4. Banyak tour agency dekat Phuket ni, lagi-lagi dekat Pantai Patong. Sampai tak larat nak pilih. Kami ambil je pakej dari tour agent yang kami nampak. Malas nak survey-survey. Mudah kalau ambil pakej dari tour agent ni, sebab diorang akan ambil dan hantar balik kita ke hotel. Tetapi untuk tiket Phuket Fantasea dan Siam Niramit, lebih baik anda beli sendiri kat kaunter masing-masing. Dah namanya bawa kereta, apa nak risau nak naik public transport semata-mata nak beli tiket. Lagipun dua-dua tempat ni senang nak cari. In fact, boleh dapat lebih dari tu. Anda boleh pilih seat mana yang anda nak dan kadang-kadang anda boleh dapat free seat upgrade lagi kalau tak ramai orang masa tu. Jimat ok. Ini berdasarkan pengalaman kami. Kami beli tiket Phuket Fantasea dari travel agent, sekali dapat seat paling atas dan belakang ok. Memang tak nampaklah kan keseluruhan persembahan. Jadi rasa tak seronok. Untuk Siam Niramit pula, kami beli terus dari kaunter. Pilih seat paling murah tapi lokasi seat masih acceptable daripada seat Phuket Fantasea. Tetapi  tiba-tiba diorang bagi kitorang free upgrade ke seat yang lebih bagus. Jadi kami sangat seronok tengok Siam Niramit berbanding Fantasea.

5. Memandu di Phuket juga adalah mudah. Elakkan jalan di Pekan kerana selalunya akan sesak. Gunakan jalan pantai. Walaupun jalan pantainya berliku dan banyak turun-naik bukit, tetapi tak sesak. Cuma kena berhati-hati dengan motosikal yang suka bawa perlahan dan tengah-tengah jalan.

Keadaan jalan pantai di Phuket


Itu antara tips-tips yang aku boleh bagi berdasarkan pengalaman aku. Jika ada lagi tips yang aku teringat, aku tambah di entri ini ok.

Wednesday, July 10, 2013

Bahan-bahan dalam produk komestik yang perlu dielakkan

Selamat berpuasa semua. Sedang aku clean up laptop aku, terjumpa artikel ni yang aku capture dari surat khabar 'The Sun'. Tahun 2009 punya  artikel. Tapi masih valid untuk di baca.


Artikel ini mudah difahami. Moga menjadi manfaat kepada gadis-gadis diluar sana dalam memilih produk komestik ni.

Tetapi, aku rasa agak sukar untuk mencari produk yang betul-betul bebas dari semua bahan-bahan ni. Kalau tak semua, mesti ada juga satu bahan tu dalam produk komestik. Sesiapa yang tahu produk yang bebas dari bahan-bahan ini bolehlah kongsi cerita.

Tuesday, July 2, 2013

Wedding Inspiration: Centerpiece a.k.a hiasan meja makan tetamu

Assalammualaikum semua...

Sedang aku browsing Pinterest, terjumpa gambar-gambar centerpiece yang cantik dan menarik. Nak DIY pun boleh. Mari aku kongsi centerpiece yang cantik di mata aku. Mungkin gambar-gambar ni boleh bagi inspirasi kepada B2B di luar sana.

Comel. Letak air dalam balang, pastu letak lilin atasnya. Dah habis guna, boleh buat sebagai perhiasan rumah.


Sweet kan? Sesiapa yang kreatif dengan riben, boleh lah buat macamni

Simple but yet stunning. Guna je bekas yang lutsinar. Letak sekuntum bunga hidup atau artifisial.

Boleh guna botol mayonis ni. Kumpul banyak-banyak ye botol mayonis ni. Mason jar ni pun boleh beli. Dekat Giant ada jual mason jar ni.

Wow, useful. Cucuk gula-gula batang pada polestrin bulat tu. Dah comel. 

Ini aku paling suka. Guna beg kertas coklat tu je. Jimat. Dalam beg kertas tu, letak batu atau apa-apa yang berat supaya tak melayang kertas tu.

Guna tin milo boleh tak? cantikkan?

Jadi,apa lagi, B2B kat luar sana yang suka DIY, bolehlah ambil idea-idea ni. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...