Daisypath - Anniversary

Followers

Thursday, June 6, 2013

Wedding Review#8: Inai a.k.a Henna

Assalammualaikum...

Inai paling simple. Aku tak lukis inai kat tangan. Taktaulah kenapa. Aku nak inai aku sinmle dan kemas.

Kalau ingat post ini, itu adalah fasa pertama pakai inai. Waktu ni aku pakai inai tiub yang beli kat Mydin je. Inai ni, aku pakai 6 hari sebelum majlis aku dan hanya pakai di kuku sahaja. Pekat jugakan inai tiub ni dan senang nak pakai.

Sehari sebelum majlis, aku pakai pula inai daun. Inai ni ambil belakang rumah je. Memang ada pokok inai ni. Mak sedara tolong 'blend'kan inai ni.

Hasilnya?



Cantik tak? Hihihih

Aku suka. Nampak kemas dan simple je.

Di sini aku senaraikan sikit tips untuk pakai inai:
  • Kalau sempat dan ada duit boleh buat mani pedi dulu. Kalau tak cukup budget, boleh buat kat rumah. Mudah je. Pastikan potong kuku cantik-cantik. Buang kutikel kat pangkal kuku. Buffer kuku.
  • Kalau nak inai cantik, pakai awal-awal dulu kat kuku dahulu. Kali kedua, baru pakai keseluruhan. Tujuan pakai kat kuku sahaja dahulu sebab taknak inai jadi hitam kat jari kalau pakai dua kali inai.
  • Untuk dapatkan inai yang kemas disekeliling jari. Letak selotape dekat keliling kuku. Ini terutama sekali kepada sesiapa yang pakai inai daun. Sebab kemungkinan nak comot senang.
  • Minta tolong adik-beradik atau sedara-mara pakaikan inai ni. Kalau nak pakai sendiri pun boleh, tapi kena pastikan sediakan sekali sebekas air bersih dengan kain atau tisu. Sebabnya, bila tercomotkan jari yang digunakan untuk pakai inai, boleh lap cepat-cepat.

Semoga sedikit sebanyak memberi panduan dekat bakal-bakal pengantin lain. Sekian untuk kali ini.  :-)

4 comments:

  1. info yg berguna. Blhla yong apply cara ni nant :)

    ReplyDelete
  2. tips pakai kt kuku tu xprnah terpikir plak..salunya mst merungut, awat kuku xterang nih...huhu... tenkiu wawa! :)

    ReplyDelete
  3. Miss Dilla: Salah nama lah. hihihi. Kan, sebab tu bpakai kat kuku dulu bagi inai kat kuku pekat....

    ReplyDelete
  4. Yong: boleh aje silalah apply. Kalau nak lukis henna pun leh guna cara ni jugak. Inaikat kuku dulu. pastu baru lukis henna..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...