Daisypath - Anniversary

Followers

Monday, June 3, 2013

Honeymoon Roadtrip to Phuket#6: Makanan Halal di Krabi - Phuket - Unknown Place

Haritu ada janji nak buat entri tentang makanan semasa roadtrip kami ni. So, here we go.

Hari Pertama

1) Semasa dalam perjalanan ke Phuket, kami singgah makan tengah hari di Krabi. Disebabkan saya pernah pergi Krabi, jadi saya tahu tempat makan halal di Krabi.


Nama restoran ni restoran Sareepah. Makanannya lebih kurang makanan di Malaysia. Kami order, kailan ikan masin, butter prawn dan tomyam bersama air kelapa. Sedap. Recommended jika korang pergi Krabi. Nasib baik waktu ni, restoran ni dah buka. Kalau tak, melilau jugak nak cari makan. 

2) Sampai di villa, kami minta guna voucher dinner. Sepatutnya dapat sparkling wine, tapi mestilah kami tak minum kan. Jadi, pihak villa tukarkannya kepada voucher dinner.


Makan malam kami, nasi goreng, kuey tiow goreng dan lagi satu pinggan tak ingat ape benda. Nasi gorengnya tak berapa sedap sebab dia guna beras pulut. 

Hari Kedua

3)Sarapan memang sudah disediakan sekali dalam pakej honeymoon, apa yang kami perlu buat, hanya order menu sarapan sehari sebelum dan pukul berapa mahu sarapan dihidangkan. Keesokan harinya, akan ada maid masak sarapan kami. Bangun je dari tidur, sarapan sudah siap atas meja.


Nyum!!! Semua adalah sedap. Hubby order oriental breakfast and me, american breakfast. Semua adalah sangat sedap.

4) Makan tengahari pula, kami makan di Patong Beach sebab waktu ni kami tengah cari pakej aktiviti dan nak membeli-belah. Kami jalan sepanjang Patong Beach, tak jumpa pula makanan halal. Tetiba ada seorang india approach untuk makan kat restoran dia. Semestinya resotran mahal. Waktu tu, kami tak tahu berapa lah harga makanan kat restoran ni, sebab tempatnya nampak ekslusif.


Makanan yang kami order: Nasi beriani seafood, nasi putih, ayam tika masala dan sayur bendi. Harganya dalam RM60 ke RM70. Dah standard KLCC pulak. Tapi, nasib baiklah semua makanannya adalah sangat sedap terutama sekali nasi beriani seafood.

5) Untuk makan malam, kami guna lagi sekali voucher dinner di villa. Voucher dinner ni memang sudah termasuk sekali dalam pakej honeymoon kami. 


Nasi putih, sup sayur, udang goreng tepung, dan ayam. Lagi sekali, amat kecewa dengan taste makanan ini. Tak tahulah villa di pantai lain makan malamnya macam mana. Tapi di villa Bang Tao Beach, sangat mengecewakan.

Hari Ketiga

6) Seperti biasa, sarapan disediakan di hotel. Dan seperti biasa makanannya sangat sedap. Sorry, tak sempat nak capture gambar waktu ni

7) Harini kami pergi ke James Bond Island, jadi sudah termasuk sekali pakej untuk makan tengahari. Kami makan tengah hari di Koh Panyee. Koh Panyee adalah sebuah pulau yang dihuni oleh majoritinya masyarakat Islam. Jadi jangan risau, makanannya memang halal.


Makanan yang dihidangkan: Ayam goreng, sotong goreng tepung, ayam masak tiram, sayur campur dan tom yam. Makanannya sedap. 

8) Untuk makan malam, kami makan malam di Fantasea. Asalnya nak makan kat luar. Beli tiket Fantasea pun tak termasuk dinner buffet. Tetapi, disebabkan kami sampai lewat ke villa selepas ikuti pakej James Bond Island, kami buat keputusan untuk makan di Fantasea. 


Makanan sudah habis dimakan. Tak sempat nak ambil gambar makanan gara-gara lapar punya pasal. Makanannya memang sangat sedap. Kat sini, dia asingkan tempat makan halal dan tak halal. Siap ada sijil halal lagi. Memang sangat puas hati makan kat sini. Mood dari tak baik, terus jadi happy.

Hari Keempat

9) Seperti biasa sarapan di villa... Nyum nyum nyum!!!


Errr..... tinggal sisa juga tetapi yang penting, sarapannya sangat sedap. 

10) Makan tengahari, lagi sekali makan di Patong Beach. Kali ni nekad nak cari tempat murah. Makanya, kami tak jalan sepanjang pantai, kami jalan sepanjang jalan yang sebaris dengan Ottop Road (tempat membeli-belah). Setelah puas berjalan, akhirnya, jumpa juga tempat makan murah. Nama restoran ni San Sabai Restaurant. Ada tanda halal lagi.  Kami makan nasi goreng something dan air kelapa. Makanannya sangat sedap. Harganya pun murah.




11) Selepas membeli belah di Ottop Road, sudah masanya untuk pulang ke Malaysia, sebelum tu, singgah di tepi pantai Patong, untuk beli makan lagi buat perjalanan kami yang masih jauh.



Nampak tak, ada tanda halal, penjualnya pun pakai tudung. Kami beli chicken wing dan cendol.  Sedap. Cendolnya pun tak muak. Sangat sedap.

12) On da way balik ke Malaysia, singgah di stesen minyak untuk mengalas perut. Semua makanan tak dijamin halal kecuali roti bun ni. Maka belilah untuk alas perut.



13) Untuk makan malam, kami sudah dalam perjalanan balik ke Malaysia. Waktu memandu tu perhatikan juga jika ada gerai atau restoran yang kami boleh singgah makan. Out of nowhere, kami ternampak gerai-gerai disepanjang jalan, dan kebanyakan penjual dan pembelinya memakai tudng, Jadi kami berhenti. Survey-survey, makanan lebih kurang sama macam gerai di Patong Beach, jadi hubby taknak. Nasib baik salah seorang penjual tu macam tahu kami nak makan nasi. Jadi die bagi arah untuk ke kedai makan muslim.


Jadi, kami berpatah balik dan berjumpa dengan kedai tu. Satu masalah pula. Diorang langsung tak tau cakap english. Kitorang pula lupa nama makanan dalam bahasa Thai. Dah macam ayam dan itik dah. Nasib baiklah anaknya yang masih bersekolah, boleh translate sikit-sikit. Itu pun tak semuanya dia paham. Last-last kami tunjuk kat tempat dia masak apa yang kami nak. Nyum, nyum, hasilnya kami dapat makaan nasi dengan sup perut. Sedap juga.


Kedai Tempat kami makan dan tukang masaknya. Memang sah halal sebab ramai juga orang muslim yang makan kat sini. Gambar kaabah pun ada tergantung kat dinding tu.



Menu di tulis dalam bahasa siam. Simple je makanan kami. Nasi dan sup. Padahal sebenarnya ada je nasi goreng bagai. Tapi sebab tak tau nak cakap siam. Itulah yang kami dapat. hehehehe

Hari kelima

14) Kisahnya boleh sampai hari kelima adalah kerana kami rasa kami tak sempat untuk sampai ke border sebelum pukul 12 tengah malam. Jadi kami buat keputusan untuk tidur di Trang. 



Tempat kami tidur, Rua Rasada Hotel. Cantik hotel ni. Malangnya, makanannya semua tak halal, jadi untuk sarapan pagi, kami hanya makan roti bersama butter dan jem sahaja.

Itu sahajalah cerita makanan di Thailand. Banyak juga yang kami jimat untuk makan kerana sarapan dan dua kali dinner sudah disediakan di villa. 

Bye....


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...