Daisypath - Anniversary

Followers

Friday, June 28, 2013

Wedding Review#12: Pre-Wedding Photoshoot di Ulu Chepor

Assalammualaikum…

Wedding ko dah lepas. Baru nak review pasal pre-wedding?

Eh, eh… Biarlahkan? Bukan aku sengaja baru nak review. Al kisahnya aku baru dapat album pre-wedding aku selepas aku dapat album wedding aku. Apa cerita? Nanti aku akan cerita dalam entri lain.

Ingat tak entri ni?

Haaa… agak-agak kat mana ek aku buat pre-wedding. Mungkin gambar ni boleh bagi hint

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Tadaa!!!


Ya!!! Dekat sungai. Sungai dekat Ulu Chepor. Mula-mula nak buat photoshoot kat sungai lain. Tapi kawasan tu nampak macam bahaya. Sebab tu pilih kat Ulu Chepor.

Malas cerita panjang, jom layan gambar.

Gambar sebelum berendam dalam sungai





Gambar basah lenjun berendam dalam sungai




Oklah kan. Cuma malangnya waktu tu aku tak bawa apa-apa props pun. Sebab tu tiada warna ceria pun photoshoot ni. Lepas photoshoot tu, terus aku berkelah bersama keluarga aku.

Segala benda yang aku tak puas hati nanti aku akan cerita kat entri lain.


Babai

Thursday, June 27, 2013

Wedding Review#11: Hadiah Kahwin

Assalammualaikum w.b.t

Aku membelek-belek gambar kahwin aku. Nak tengok apa lagi yang aku boleh review. Belek punya belek, terjumpala gambar-gambar hadiah kahwin yang kawan-kawan aku bagi.


Inilah hadiah kahwin yang aku dapat. Ye sedikit je. Tak banyak pun. Tapi aku sangat berterima kasaih kepada kawan-kawan aku yang sudi bagi hadiah kahwin kat aku. Sangat berguna semua barang-barang itu.



Hadiahni istimewa sikit sebabnya daripada kawan blogger aku,  Sya. Terima kasih Sya kerana sudi datang ke majlis kahwin saya haritu.



Selepas dibuka pembalutnya. Bersepah-sepah wrapping paper



 Antara hadiah yang aku dapat adalah vakumm dan paper shredder.



Hadiah-hadiah lain:
1.       2 Set pinggan mangkuk
2.       2 Set cawan
3.       2 biji Kettle
4.       Gambar hiasan
5.       Jam dinding

Itu jelah. Sekali lagi terima kasih semua kepada yang memberi hadiah. Walaupun sedikit, tetapi semuanya dapat digunakan. Takdalah ada yang terperuk duduk bawah katil je sampai berhabuk bagai.

Babai

Sunday, June 9, 2013

Wedding Review#10: Barangan Hantaran

Assalammualaikum w.b.t..

Geram dan sedih tau. Gambar hantaran yang OP tangkap semua tak cantik. Geram tau. Tu antara masalah yang aku hadapi dengan OP aku. Pasal OP ni aku akan ceritakan di entri yang lain.

Aku pernah cerita preparation hantaran ni di SINI.

Jadi hasilnya:

Hantaran perempuan kepada lelaki:

Tema hantaran adalah warna pic-minty green. Sembilan hantaran semuanya.

1. Telefon bimbit Lumia: Kotak kosong je ni. Telefonnya sudah digunakan.
2. Buah-buahan: Sebenarnya bunga di atas itu adalah handbouquet. OP tak alihkan masa tangkap gambar ni.
3. Body Shop Skin Care
4. Sirih junjung: Ni gambar tangkap sendiri. OP takde tangkap pun gambar ni. Uwaaa!! Sirih junjung ni aku buat sendiri tau. (Padahal semua hantaran pun aku buat sendiri).
5. Kamera Sony: Kotak kosong jugak ni. Kamera sudah digunakan sejak bulan Mac 2012 lagi.
6. Kemeja dan seluar
7. Kasut
8. Cincin dan bunga rampai
9. Jam tangan: Tiada gambar. nadai!!! nadai!!!! 

Hantaran lelaki kepada perempuan

Tema untuk hantaran ni adalah pink dan purple. Jumlah hantaran adalah 7 dulang

1. Body Shop body care

2. Buah-buahan

3. Sirih junjung

4. Galaxy Tab 2: Kotak je ni. Tab nya sudah digunakan lama dah

5. Set minyak wangi Estee Lauder: Memang favorite minyak wangi.
6. Mas Kahwin
6.1 Cek tipu: konon tulis jumlah hantaran
7. Jam tangan: Juga tiada gambar. OP tak snappun. huhuhuhu

Itu sahaja. Perasaan tak cara gambar-gambar ditangkap. Mostly gambar tidak ditangkap pada sudut sepatutnya. Gambar tidak menunjukkan langsung hiasa hantaran. Penat aku hias keliling bakul dan letak bunga-bunga. Tak dicapture pun sebagai kenangan masa hadapan huhuuhuh. Mungkin korang cakap aku cerewet. Tapi, mestilah kena cerewaet sebab dah bayar OP mahal-mahal tau. OK stop membebel.

Meh nak bagi sedikit tip pula pasal hantaran ni...
  • Aku rasa takda hantaran waktu kahwin pun takpe. Sebabnya, masa nikah, aku tak bawa pun semua hantaran ke masjid. Cukupp waktu tunang je bagi hantaran pun dah cukup. Jimat pun jimat.
  • Antara nak buat sendiri hantaran atau upah orang buatkan, aku rasa sama Jimat sikitje lah kalau buat sendiri.  Lepastu rasa puas hati sangat buat sendiri. Tapi, kalau rasa diri tak kreatif, mintalah orang yang kreatif buatkan.
  • Mula beli barang hantaran awal. Bagi aku, aku mula cari hantaran 8 bulan sebelum majlis. Lagipun, masa tu memang nak beli barang untuk pakai terus. Jadi, simpan je kotak barang tu, buat hantaran.
  • Jangan beli barang yang mudah rosak atau cepat outdated awal-awal. Contohnya beg tangan. Kemungkinan kalau beli awal dan beg tu tersimpan je, kulit beg tu mula mengelupas.
  • Beli barang hantaran waktu tengah sale.
  • Bagi tak cukup budget: beli satu hantaran sahaja setiap bulan.
Ok, itu sahaja. Babai...


Friday, June 7, 2013

Wedding Review#9: Baju Nikah dan Baju Sanding

Assalammualaikum semua....

Sedih tau....

Kenapa sedih?

Sebab banyak isu pasal baju ni.

Dulu ada cerita dalam entry INI

Sedihkan?

Sebab tu mood nak review pun tak datang. Tapi takpelah, nak cerita juga untuk panduan orang lain. 

Antara isu-isu yang aku alami:
  • Kain untuk baju nikah dan sanding aku dah beri pada butik awal puasa untuk dijahit. Iaitu lima bulan sebelum majlis aku. Malangnya, 3 minggu sebelum majlis, baru butik mula jahit baju aku. Dua minggu sebelum majlis baru siap jahit
  • Yang membuatkan aku kecewa, hasil baju sanding tidak memuaskan hati langsung. 
Baju Nikah

Kain baju nikah ni sebenarnya aku dah beli setahun sebelum aku kahwin. Beli di Bandung. Waktu tu memang minat warna kuning. Jadi sebab tak nak membazir, aku gunalah juga kain tu walaupun dah tak minat warna tu. (Sebenarnya ada cerita disebalik kain tu, tetapi tak mahu diingat kembali). 

Aku 'request' untuk buat baju kurung moden kain ni. Hasilnya, aku suka walaupun aku tak berkenan bahagian lehernya. Kainnya pula agak ketat sehingga masa majlis, aku mengalami masalah untuk bangun dan duduk. (tak tahulah kalau aku dah gemuk time tu, masa fitting ok je rasa).

Untuk baju melayu, aku dan tunang waktu tu, beli yang dah siap di Masjid Jamek. Nasib baik dapat warna yang sama. Itupun melilau juga mencari.


Gambaran penuh baju nikah

Untuk tudung nikah. Aku beli selendang halfmoon di masjid jamek. Aku ada isu juga pasal pemakaian tudung ni. Entah, aku kelam-kabut kot masa tu. MUA yang tolong pakaikan tudung aku. 'End up' sanggul aku tinggi ke belakang. dah macam bonggol unta dah. Tak suka sangat. Anak tudung pula, dai tarik ke belakang menjadikan muka aku bulat. Pun sangat tak suka. Tapi aku redha je lah. Malas nak betulkan balik, sebab dah lambat (ke aku yang kelam-kabut?)


Nampakkan bonjolan kat belakang tu. Kesal sangatlah part ni.


Tetapi sebenarnya boleh je kalau aku nak betulkan balik tudung tu. Kesal juga masa ni.

Baju Sanding

Baju yang paling banyak isu. Sebelum ni kan aku ada cerita tema majlis sanding adalah warna pic dan 'mint green'. Jadi baju sanding adalah kombinasi dua warna ni. Aku beli kain lace dan satin ni dekat Jackel. Waktu tu tengah ada offer. 

Seperti biasa, bagi kat butik. Aku 'request buat baju kurung peplum. Terperam kat butik. Dua minggu sebelum majlis, baru siap. 

Hasilnya?

Sangat mendukacitakan. Semua orang kata buruk. Yang buatkan aku geram, pihak butik sepatutnya perlu cakap kat aku jika dia tak pandai jahit stail yang aku nak. Aku dah siap bagi contoh gambar dah. Tapi dia senyap je. Akhirnya, dia bagi alasan stail tu tak sesuai dengan aku. (Apa guna bagi alasan macamtu jika dia dah pun jahit baju tu?). Sepatutnya, dia bagitahulah aku.

Aku minta pendapat semua ahli keluarga aku. emua orang kata buruk.

Ok. Takpe... Takpe...

Aku hantar balik baju tu untuk 'alter'. Masih sama. Hancur.

'Backup plan', pergi cari baju siap lain. Merata aku cari. Akhirnya jumpabaju kat Butik First Lady.Harga hanya RM45. Walaupun dah ada baju, aku masih rasa tak best. Sebab baju tu ringkas sangat. Macam pakaian yang dipakai hari-hari. 

Akhirnya, aku cakap kat butik balik, aku nak tukar baju lain. Pili baju yang sedia ada di butik itu. Nasib baik saiz ada. Dapatlah baju songket warna pink magenta. Rembat je lah labu! Untuk ini, aku terpaksa bayar RM300 untuk sewa baju ini. Takpelah au sanggup bayar daripada nanti hari majlis orang mengata. Terima je lah apa yang ada.


Baju sanding saya. Songket with chiffon ok.


Baju sanding apabila dipakai. Jujurnya, tak berapa suka lengan baju ni. 


Gambaran penuh baju sanding

Bolehlahkan. 

Sedikit tips berkenaan hal-hal baju sanding dan nikah ni:
  • Pastikan sebelum beli kain, minta pandangan tukang jahit dulu seperti berapa panjang nak beli kain. Kain apa yang sesuai untuk kita. 
  • Semasa membeli baju melayu siap, pastikan anda bawa sekali contoh kain baju perempuan. Kalau baju perempuan ada lining, bawa kedua-keduanya. Masa cari baju melayu, layout sekali dengan lining. Sebabnya aku 'find out', warna adalah 'totally different' kalau 'matching' dengan satu kain je.
  • Jangan hantar baju untuk dijahit di butik yang sama kamu ambil pelamin. Melainkan memang ambil baju siap dari butik tu atau baju yang dijahit tu akan jadi hak milik butik. Akibatnya jadi macam aku. Bukan apa, kalau jahit tempat yang sama, dia tahu tarikh majlis kita. Jadi kalau lambat sangat, dia  bertangguh nak jahit. Lain  pula kalau jahit tempat lain. Kita boleh kata kat butik tu majlis kita lagi sebulan. Kompem dia cepat je jahit.
  • Masa fitting baju, pastikan kamu pakai corset terus. Macam kes aku, masa fitting, memang fit cantik dengan badan. Tapi apabila hari majlis, pakai korset  lepastu baru pakai baju. 'End up' tak muat ok. Jadi tak pakailah korset. Bila dah tak pakai korset, nampakla lemak-lemak yang berlipat kat belakang badan. Huh, abaikan.
Itu je kot. Korang semua pula macamana ada masalah tak dengan baju ni? Ada tips lain tak untuk mengelakkan perkara seperti aku terjadi? Mari kongsikan.

p/s: tak jumpa pula gambar baju sanding yang tak jadi pakai tu. kalau jumpa, akan di'update post' ini.

p/s2: Cadangnya nak sewa baju nikah, agaknya ada orang nak sewa tak?

Thursday, June 6, 2013

Wedding Review#8: Inai a.k.a Henna

Assalammualaikum...

Inai paling simple. Aku tak lukis inai kat tangan. Taktaulah kenapa. Aku nak inai aku sinmle dan kemas.

Kalau ingat post ini, itu adalah fasa pertama pakai inai. Waktu ni aku pakai inai tiub yang beli kat Mydin je. Inai ni, aku pakai 6 hari sebelum majlis aku dan hanya pakai di kuku sahaja. Pekat jugakan inai tiub ni dan senang nak pakai.

Sehari sebelum majlis, aku pakai pula inai daun. Inai ni ambil belakang rumah je. Memang ada pokok inai ni. Mak sedara tolong 'blend'kan inai ni.

Hasilnya?



Cantik tak? Hihihih

Aku suka. Nampak kemas dan simple je.

Di sini aku senaraikan sikit tips untuk pakai inai:
  • Kalau sempat dan ada duit boleh buat mani pedi dulu. Kalau tak cukup budget, boleh buat kat rumah. Mudah je. Pastikan potong kuku cantik-cantik. Buang kutikel kat pangkal kuku. Buffer kuku.
  • Kalau nak inai cantik, pakai awal-awal dulu kat kuku dahulu. Kali kedua, baru pakai keseluruhan. Tujuan pakai kat kuku sahaja dahulu sebab taknak inai jadi hitam kat jari kalau pakai dua kali inai.
  • Untuk dapatkan inai yang kemas disekeliling jari. Letak selotape dekat keliling kuku. Ini terutama sekali kepada sesiapa yang pakai inai daun. Sebab kemungkinan nak comot senang.
  • Minta tolong adik-beradik atau sedara-mara pakaikan inai ni. Kalau nak pakai sendiri pun boleh, tapi kena pastikan sediakan sekali sebekas air bersih dengan kain atau tisu. Sebabnya, bila tercomotkan jari yang digunakan untuk pakai inai, boleh lap cepat-cepat.

Semoga sedikit sebanyak memberi panduan dekat bakal-bakal pengantin lain. Sekian untuk kali ini.  :-)

Wednesday, June 5, 2013

Wedding Review #7: Makeup dan MUA

Kahwin sudah masuk 6 bulan. Tapi review wedding tak abis lagi. Ini semua gara-gara ada isu dengan foto album. Itu nanti akan diceritakan.

Aku ambil MUA dari butik pengantin yang sama aku ambil pelamin dan baju pengantin. Berdasarkan dari 'wedding' kakak aku, mekapnya cantik. Jadi aku pun ambil MUA yang sama, namanya Amy.

Mekap Nikah
Malangnya, masa hari aku nikah, Amy tak ada. Dia ada urusan lain. Maka, terpaksalah guna MUA lagi sorang (tak ingat dah namanya). Yang tak seronoknya, kena datang kedai untuk mekap yang mana aku tak berapa suka. Aku suka lagi mekap dekat rumah. Jadi tak payah nak terkejar-kejar. Dah lah waktu nikah lepas asar, maka sudah tentunya panas dan berpeluh-peluh.

Nampak macam tak mekap pun ada jugak...


Apa-apa pun, hasilnya bolehlah. Tapi, makin lama, mekap aku jadi berkerak. Jadi terpaksa di touch up selalu dengan tisu.

Mekap Sanding

Alhamdulillah Amy dapat mekapkan aku pada hari sanding di rumah. Muala-mula ada isu juga, aku kena mekap dekat butik sebab kereta Amy masuk bengkel kereta. Jadi dia takda kenderaan nak pergi rumah aku. Disebabkan aku nak juga dia datang mekap dekat rumah. Aku mintalah jasa baik pengapit aku pergi ambil dia di butik. Nasib baik  butik dekat je.

Amy datang mekap dalam pukul 10pagi. Siap mekap lebih kurang dalam pukul 11.45 pagi. Amy perasan mata aku jenis mata ke dalam. Jadi dia buat keputusan untuk mekap ala arabian. Alasannya, kalau tak betul cara mekapnya, mata tak nampak menyerlah.. Aku pun iyekan je lah.

MUA in action


Hasil mekap?

Keadaan mekap selepas dimekapkan


Keadaan mekap dipertengahan majlis

Keadaan mekap sewaktu penggambaran 'outdoor'

Cantik!

Walaupun itu bukan stail mekap yang aku nak. Belasah je lah labu sebab cantik.

Sepanjang majlis, mekap kekal cantik dan tak berkerak langsung. Malah, makin lama makin cantik mekapnya. Katanya, haba menyebabkan mekap tu kekal cantik kat muka.

Satu lagi yang aku perasan, lepas cuci mekap, muka aku jadi lembut dan licin. Sangatlah kagum. Setahu aku dia pakai produk MAC. Tak pasti samada dia pakai produk kryolan juga atau tak.

Satu je kan, kedua-dua mekap ni menampakkan aku tembam. Tak suka!!! huhuhuhuhuh.. Ataupun sudut tangkap gambar yang  menyebabkan aku nampak tembam sangat?

Habis review pasal mekap.

Seterusnya akan review pasal baju pula.

Babai..


Monday, June 3, 2013

Honeymoon Roadtrip to Phuket#6: Makanan Halal di Krabi - Phuket - Unknown Place

Haritu ada janji nak buat entri tentang makanan semasa roadtrip kami ni. So, here we go.

Hari Pertama

1) Semasa dalam perjalanan ke Phuket, kami singgah makan tengah hari di Krabi. Disebabkan saya pernah pergi Krabi, jadi saya tahu tempat makan halal di Krabi.


Nama restoran ni restoran Sareepah. Makanannya lebih kurang makanan di Malaysia. Kami order, kailan ikan masin, butter prawn dan tomyam bersama air kelapa. Sedap. Recommended jika korang pergi Krabi. Nasib baik waktu ni, restoran ni dah buka. Kalau tak, melilau jugak nak cari makan. 

2) Sampai di villa, kami minta guna voucher dinner. Sepatutnya dapat sparkling wine, tapi mestilah kami tak minum kan. Jadi, pihak villa tukarkannya kepada voucher dinner.


Makan malam kami, nasi goreng, kuey tiow goreng dan lagi satu pinggan tak ingat ape benda. Nasi gorengnya tak berapa sedap sebab dia guna beras pulut. 

Hari Kedua

3)Sarapan memang sudah disediakan sekali dalam pakej honeymoon, apa yang kami perlu buat, hanya order menu sarapan sehari sebelum dan pukul berapa mahu sarapan dihidangkan. Keesokan harinya, akan ada maid masak sarapan kami. Bangun je dari tidur, sarapan sudah siap atas meja.


Nyum!!! Semua adalah sedap. Hubby order oriental breakfast and me, american breakfast. Semua adalah sangat sedap.

4) Makan tengahari pula, kami makan di Patong Beach sebab waktu ni kami tengah cari pakej aktiviti dan nak membeli-belah. Kami jalan sepanjang Patong Beach, tak jumpa pula makanan halal. Tetiba ada seorang india approach untuk makan kat restoran dia. Semestinya resotran mahal. Waktu tu, kami tak tahu berapa lah harga makanan kat restoran ni, sebab tempatnya nampak ekslusif.


Makanan yang kami order: Nasi beriani seafood, nasi putih, ayam tika masala dan sayur bendi. Harganya dalam RM60 ke RM70. Dah standard KLCC pulak. Tapi, nasib baiklah semua makanannya adalah sangat sedap terutama sekali nasi beriani seafood.

5) Untuk makan malam, kami guna lagi sekali voucher dinner di villa. Voucher dinner ni memang sudah termasuk sekali dalam pakej honeymoon kami. 


Nasi putih, sup sayur, udang goreng tepung, dan ayam. Lagi sekali, amat kecewa dengan taste makanan ini. Tak tahulah villa di pantai lain makan malamnya macam mana. Tapi di villa Bang Tao Beach, sangat mengecewakan.

Hari Ketiga

6) Seperti biasa, sarapan disediakan di hotel. Dan seperti biasa makanannya sangat sedap. Sorry, tak sempat nak capture gambar waktu ni

7) Harini kami pergi ke James Bond Island, jadi sudah termasuk sekali pakej untuk makan tengahari. Kami makan tengah hari di Koh Panyee. Koh Panyee adalah sebuah pulau yang dihuni oleh majoritinya masyarakat Islam. Jadi jangan risau, makanannya memang halal.


Makanan yang dihidangkan: Ayam goreng, sotong goreng tepung, ayam masak tiram, sayur campur dan tom yam. Makanannya sedap. 

8) Untuk makan malam, kami makan malam di Fantasea. Asalnya nak makan kat luar. Beli tiket Fantasea pun tak termasuk dinner buffet. Tetapi, disebabkan kami sampai lewat ke villa selepas ikuti pakej James Bond Island, kami buat keputusan untuk makan di Fantasea. 


Makanan sudah habis dimakan. Tak sempat nak ambil gambar makanan gara-gara lapar punya pasal. Makanannya memang sangat sedap. Kat sini, dia asingkan tempat makan halal dan tak halal. Siap ada sijil halal lagi. Memang sangat puas hati makan kat sini. Mood dari tak baik, terus jadi happy.

Hari Keempat

9) Seperti biasa sarapan di villa... Nyum nyum nyum!!!


Errr..... tinggal sisa juga tetapi yang penting, sarapannya sangat sedap. 

10) Makan tengahari, lagi sekali makan di Patong Beach. Kali ni nekad nak cari tempat murah. Makanya, kami tak jalan sepanjang pantai, kami jalan sepanjang jalan yang sebaris dengan Ottop Road (tempat membeli-belah). Setelah puas berjalan, akhirnya, jumpa juga tempat makan murah. Nama restoran ni San Sabai Restaurant. Ada tanda halal lagi.  Kami makan nasi goreng something dan air kelapa. Makanannya sangat sedap. Harganya pun murah.




11) Selepas membeli belah di Ottop Road, sudah masanya untuk pulang ke Malaysia, sebelum tu, singgah di tepi pantai Patong, untuk beli makan lagi buat perjalanan kami yang masih jauh.



Nampak tak, ada tanda halal, penjualnya pun pakai tudung. Kami beli chicken wing dan cendol.  Sedap. Cendolnya pun tak muak. Sangat sedap.

12) On da way balik ke Malaysia, singgah di stesen minyak untuk mengalas perut. Semua makanan tak dijamin halal kecuali roti bun ni. Maka belilah untuk alas perut.



13) Untuk makan malam, kami sudah dalam perjalanan balik ke Malaysia. Waktu memandu tu perhatikan juga jika ada gerai atau restoran yang kami boleh singgah makan. Out of nowhere, kami ternampak gerai-gerai disepanjang jalan, dan kebanyakan penjual dan pembelinya memakai tudng, Jadi kami berhenti. Survey-survey, makanan lebih kurang sama macam gerai di Patong Beach, jadi hubby taknak. Nasib baik salah seorang penjual tu macam tahu kami nak makan nasi. Jadi die bagi arah untuk ke kedai makan muslim.


Jadi, kami berpatah balik dan berjumpa dengan kedai tu. Satu masalah pula. Diorang langsung tak tau cakap english. Kitorang pula lupa nama makanan dalam bahasa Thai. Dah macam ayam dan itik dah. Nasib baiklah anaknya yang masih bersekolah, boleh translate sikit-sikit. Itu pun tak semuanya dia paham. Last-last kami tunjuk kat tempat dia masak apa yang kami nak. Nyum, nyum, hasilnya kami dapat makaan nasi dengan sup perut. Sedap juga.


Kedai Tempat kami makan dan tukang masaknya. Memang sah halal sebab ramai juga orang muslim yang makan kat sini. Gambar kaabah pun ada tergantung kat dinding tu.



Menu di tulis dalam bahasa siam. Simple je makanan kami. Nasi dan sup. Padahal sebenarnya ada je nasi goreng bagai. Tapi sebab tak tau nak cakap siam. Itulah yang kami dapat. hehehehe

Hari kelima

14) Kisahnya boleh sampai hari kelima adalah kerana kami rasa kami tak sempat untuk sampai ke border sebelum pukul 12 tengah malam. Jadi kami buat keputusan untuk tidur di Trang. 



Tempat kami tidur, Rua Rasada Hotel. Cantik hotel ni. Malangnya, makanannya semua tak halal, jadi untuk sarapan pagi, kami hanya makan roti bersama butter dan jem sahaja.

Itu sahajalah cerita makanan di Thailand. Banyak juga yang kami jimat untuk makan kerana sarapan dan dua kali dinner sudah disediakan di villa. 

Bye....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...