Daisypath - Anniversary

Followers

Wednesday, May 29, 2013

Honeymoon Roadtrip to Phuket#5: James Bond Island dan Phuket Fantasea

Salam semua..

Entry dah sangat lapuk, tapi nak update jugak sebab dulu janji nak update. So, here we go:

James Bond Island dan kawasan sekitarnya

Tak tau nak kata best ke tak. Ada tempat yang best, ada tempat yang tak best.

Sebenarnya James Bond Island ni bukan terletak kat Phuket pun. Pulau ni terletak dekat Phang Nga area. Kena travel dari Phuket ke Phang Nga area ni dalam 30 minit++.  Antara tempat yang di lawati adalah James Bond Island, berkenu dekat Pulau Tam Talu ), makan tengah hari di Koh Pan-Yee dan melawat Monkey Cave

1. James Bond Island
Datang ke sini sebab nak tengok Formasi Batu yang popular di sini. Itu je. Takdelah menarik mana di sini. Bergambar je lebih. Semua orang pun tahu, tempat ni popular selepas filem James Bond yang Ibrahim Pendek berlakon tu shoot kat sini. Itu sahaja.



2. Makan di Koh Pan-Yee

Semua orang pun tahu tempat ni popular. Banyak resstoran atas air kat sini. My predict for the food, tak sesedap food masa Island Hoping Phi Phi Island dulu. Selepas makan tengahari kat sini. Bolehlah kalau nak shopping. Banyak kedai-kedai yang jual cenderahati kat sini.

Makanan yang dihidangkan: ayam goreng, udang goreng tepung, sayur campur, sup ayam dan tom yam. Duduk semeja bersama enam pelancong asing juga.


3. Berkenu di Pulau Tam Talu
Ini aktiviti yang paling best. Dapat berkenu, tempat sangat cantik. Ada guide yang akan kayuh untuk kita. Tapi nak kayuh sendiri pun boleh.

Berkenu lalu bawah formasi batuan



4. Monkey Cave
Melawat tokong Buddha. What? Masuk gitu-gitu je. Tak tangkap gambar pun sebab bukan minat saya.

Disebalik lawatan ini, ada je bad thing happen. Masa habis tour ni, driver tu boleh lupa pulak hantar kitorang balik hotel. Spoil the mood betul. Akibatnya, kami lewat pergi ke Fantasea. Sedih dan marah sangat time ni. Pertama, sebab tak sempat jalan jalan kat dalam fantasea tu sebelum tengok show. Kedua, tak sempat nak mandi puas-puas sebelum pergi fantasea.

Fantasea

Kami pergi Fantasea naik kereta sahaja. Tempatnya kami tahu, sebab terletak di jalan pantai ke arah Patong Beach. Kami beli tiket dekat travel agent tanpa makan malam. Disebabkan kami tak sempat makan malam, masuk je Fantasea, terus tanya boleh beli tiket untuk makan malam tak? Nasib baik boleh. Harga, tak ingat. Sedap makanan kat sini.

 Pihak Fantasea asingkan tempat makan halal dan tidak halal. Siap ada sijil halal lagi. Ada pelayan-pelayan kat situ cakap bahasa melayu Kelantan. Apa lagi, sakan lah dia melayan kitorang. Kuih-muih yang dihidangkan pun ada unsur-unsur kuih kelantan macam tahi itik dan jala mas.

Selesai makan, terus masuk ke tempat theater. Kat sini, kami kena tinggalkan semua kamera dan telefon. Memang dia tak bagi bawa masuk langsung. Bila dah masuk dalam tu, barulah tahu sebab apa. Sepanjang perjalanan ke theater tu, macam-macam photo booth ada i.e photo booth dengan anak harimau, photo booth dengan burung. Offcourse lah kena bayar untuk ini. Lagi satu sebab mungkin persembahan theater ini penuh dengan binatang-binatang, jadi taknak binatang tu terkejut kena flash kamera.

Waktu ni kami agak lambat masuk. Theater dah start. Tempat duduk kami, nun jauh ke atas. View? Sangat tak best sebab tak nampak keseluruhan show. Disebabkan kami dah pegi Siam Niramit dulu sebelum pergi Fantasea. Kami rasa persembahan Siam Niramit lagi best dari Fantasea. Mungkin juga disebabkan faktor tempat duduk kami yang tak best. Walaubagaimanapun, sangat enjoy tengok theater ni.

Cuma kekesalan disini, tak sempat nak berjalan-jalan kat luarnya sebelum theater bermula. Ada banyak sangat aktiviti kat luar tu, antaranya naik gajah (tak dapat nak senaraikan aktiviti apa sebab tak sempat pun nak pusing-pusing tengok ada aktiviti apa. Lain kali kalau ke Phuket lagi, confirm kami nak pergi lagi ke sini.]


Fantasea: Stunning view...

Selesai theater, pergi claim balik telefon dan kamera. Kami terkejut jugak, sebab walaupun ada beribu-ribu orang. sistem penyimpanannya sangat convinient. Beratur sekejap je dah dapat balik barang kami.

Itu sahaja, next entry saya akan rumus kan honeymoon roadtrip kami. Lama sangat tertangguh.

See you!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...