Daisypath - Anniversary

Followers

Monday, April 1, 2013

Honeymoon Roadtrip to Phuket#4: Siam Niramit, Phuket



Ohoooiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..... lama sungguh tak update blog.

Salam semua, minta maaf banyak-banyak. Dalam 3 bulan ni banyak perkara berlaku sampai tiada masa nak update. Sekarang baru ada kelapangan. Mari kita sambung review on honeymoon roadtrip.

Siam Niramit merupakan persembahan pentas seperti Phuket Fantasea. Cuma bezanya tak banyak binatang yang digunakan dalam persembahan ini. Kalau kat Malaysia, macam kita tengok teater kat Istana Budaya. Sebelum persembahan bermula. Ada aktiviti lain seperti naik gajah. Tapi malangnya tak sempat pun nak join aktiviti-aktiviti tu. Kami sampai betul-betul sebelum show bermula.

Kami beli tiket dekat kaunter Siam Niramit ni. Boleh je nak beli kat travel agent yang berlambak-lambak kat Phuket tu. Tapi kami beli terus dekat kaunter. Yang seronoknya beli kat kaunter, kami boleh pilih seat kami sendiri. Kami pilih silver seat (which is seat paling murah sekali) tapi dapat  free upgrade ke golden seat  sebab haritu tak ramai orang tengok showni.

View persembahan dari seat kami sangat best. Persembahan sangat stunning. Sampai tak terfikir pun boleh buat persembahan macam tu. Sangat puas hati. Persembahan ni secara amnya menceritakan tentang sejarah Thailand. Saya cadangkan kalau nak tengok show ni, pilih seat yang strategik, baru seronok tengok persembahan.


Gambar persembahan (di ambil dari sini)

Sedikit info tentang Siam Niramit:
- Siam Niramit ditutup pada setiap hari Selasa
- Persembahan bermula pada pukul 9.30pm selama 80 minit
- Ada buffet dinner bermula dari 6pm-9pm ( Harga tiket mahal sikit kalau tambah buffet dinner)
- Kamera tidak dibenarkan di bawa masuk semasa persembahan. Ada locker khas disediakan untuk simpan kamera.


Gambar-gambar ni je yang sempat diambil. Gambar ni adalah selepas show

Harga tiket saya tak ingat. Boleh check terus ke laman webnya, http://www.siamniramit.com.

Entri seterusnya: James Bond Island dan kawasan sekitarnya.



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...