Daisypath - Anniversary

Followers

Friday, February 15, 2013

Perubahan selepas berkahwin


Salam semua...

Lama sungguh tak update blog ni.
Ye, ye, ye aku tahu kamu semua tengah tunggu update review kahwin haritu. Tetapi, gambar rasmi tak dapat lagi jadi terbantut untuk update.

Ape pun lepas berkahwin ni banyak benda kena adjust balik. Ye lah, dulu duduk seorang bolehlah nak buat apa yang kita suka. Tapi bila dah berkahwin ni, apa yang kita suka buat waktu bujang perlulah selari dengan suami kita kan.

Ini antara perubahan yang aku rasai selepas berkahwin. Jadi pada mereka yang belum berkahwin. Bersedialah untuk adjust hidup anda.

1. Dulu ikut suka hati nak online berapa lama pun. Sekarang waktu online sudah terhad kerana banyak tanggung jawab lain nak buat. Plus, banyak masa bermesra dengan suami. Aipp..... jangan pikir lain, maksud aku bermesra tengok TV, bermesra bersembang. Itu salah satu sebab lambat update blog jugak tu.

2. Dulu, ikut suka hati nak masak waktu bila. Kalau malas nak masak, memang tak makan masa tu. Tapi sekarang, bangun pagi masak sarapan. Kadang masak tengahari sekali untuk tapau ke pejabat. Malam balik kerja kena masak lagi. Kalau tak masak, kesian kat suami. Kita ni takpala tak makan pun. Tak kisah. Tapi takleh lah tengok suami tak makan. Kesian dia.

3. Dulu basuh baju seminggu sekali je. Sebab seorang kan. tapi sekarang basuh baju 2-3 kali seminggu. Maklumlah dah berdua. Bila dah 2-3 kali seminggu, kerja rumah bertambah lah jugak, nak kena jemur baju, lipat baju, iron baju.

Rasanya itu je perubahan yang boleh ingat waktu ni. Alhamdulillah, berat still maintain macam dulu. In fact, sekarang ni tengah berusaha untuk kurus lagi.

Tu je kot buat masa ni.

I promise, bila dah dapat gambar rasmi saya akan update review kahwin laju-laju.

Babai...

6 comments:

  1. me.. still PJJ..
    so, semua kerja rumah kena buat ujung minggu...
    tired jugak kdg2 bila semua kena buat sorg... sejuta rahmat bila husband tolong sama.. hehe

    ReplyDelete
  2. nnt yong pn msti cmni.. skrg on9 xkira msa. lps kawin msti msa tu terbatas..huhu

    ReplyDelete
  3. yong, jadi enjoy puas-puas zaman bujang!! hihihihi

    ReplyDelete
  4. lg 2 bulan ja ni..ramadhan dan raya terakhir sebagai org bujang..sobsobsob..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...