Daisypath - Anniversary

Followers

Monday, January 7, 2013

Honeymoon Roadtrip to Phuket#3: Aktiviti di Phuket

Sebelum bercerita lebih lanjut tentang aktiviti, saya nak ringkaskan jadual kami semasa di sana. Mana tahu boleh jadi panduan kepada yang lain yang pergi ke Phuket nanti.

12 Disember 2012

Bertolak Ke Phuket melalui Bukit Kayu Hitam
-Kami bertolak pukul 8 pagi. Sampai border dalam pukul 9 pagi. Selesai urusan di border, kami teruskan perjalanan. Ada  peristiwa yang berlaku semasa di border. Tapi di enty seterusnya saya cerita k. Nanti spoil the mood je.

Singgah di Trang untuk R&R
- Sampai di Trang dekat-dekat pukul 12 tengah hari. Trang ni boleh di kira sebagai bandar. Lebih kurang macam bandar Ipoh. Kami singgah di Mall Robinsons untuk beli barang makanan. Tak banyak makanan yang dijamin halal. Akhirnya hanya beli conrflakes dan Indomee.

Singgah di Krabi untuk makan tengahari
- Sampai di Krabi dalam pukul 2. Disebabkan saya pernah sampai Krabi pada tahun 2009, jadi saya tahu kat mana restoran halal kat Krabi. Nasib baik masa sampai tu, restoran tu dah buka. Sejam lebih juga kami di Krabi.


Restoran Sareefah di Krabi. Nampak, ada tanda halal. Pelayan nya pun boleh cakap bahasa melayu kelantan

Sampai di Phuket
- Sampai Phuket dalam pukul 5.30 petang. Waktutu orang tengah balik kerja. Jadi jalan agak sesak. Sesat juga kami cari villa kami. Peta yang di beri oleh pihak villa tidak membantu sangat. Dalam pukul 6.30 baru sampai villa. Rupa-rupanya nak ke villa ni, jalannya macam jalan kampung. Sempit. Lagi satu signboard ke villa ini di tutupi oleh dahan pokok. Sebab tu tak ternampak signboard nya.

Check-in dan santai di villa
- Check in villa terus tak keluar sampai esok. Penat punya pasal.
  
13 Disember 2012
Jalan-jalan di Patong Beach sambil cari pakej aktiviti
- Bersepah-sepah traven agent kat kawasan Patong ni. Pilih mana yang berkenan. Kalau rajin boleh survey harga satu-satu sampai berkenan. Tapi macam kami ni, malas nak survey terus pegi je kat travel agent yang mula-mula jumpa. Banyak sangat pakej. Tapi kami hanya ambil pakej James Bond Island Tour dan Fantasea. Lepas ambil pakej, terus pergi lunch. Masa lunch, orang restoran tu bagi advise kalau nak shopping, shopping di Ottop Road sebab situ murah. Kalau kedai sepanjang pantai, harganya mencekik darah.

Membeli-belah di Ottop Road
-Shopping barang untuk kami. Tapi masa ni rasa harga yang diberi adalah mahal. entri seterusnya akan cerita hal ini. Lepas habis shopping, kami singgah di Siam Niramit untuk beli tiket show malam ni.

Phornthep viewpoint untuk tengok sunset
- Kat Phuket ni, banyak tempat viewpoint untuk tengok sunset. Tapi Phorntep adalah paling famous. Sampai sini, biasalah menikmati pemandangan sambil tangkap gambar. Konon nak tunggu sampai sunset. Tapi sebab takut tak sempat untuk ke Siam Niramit. Kami belah awal.


Pemandangan di Phornthep Viewpoint


Balik villa bersiap dan makan malam

Siam Niramit
- Lepas makan terus ke Siam Niramit. Akan cerita next entry :-)

14 Disember 2012
James Bond Island dan kawasan sekitarnya
- Travel agent pick up kitorang kat villa. Akan cerita next entry juga :-)


James Bond Island


Fantasea
- Akan cerita next entry juga :-)

15 Disember 2012

Mandi pantai di Bang Tao Beach
- Hari ini , baru berpeluang nak mandi kat pantai. Pantainya lagi cantik jika nak bandingkan dengan Patong beach. Akan cerita next entry juga.

Check-out Villa
- Lepas mandi pantai, terjun pool pula kat villa, pastu baru bersiap dan kemas-kemas barang untuk check out

Shopping di Ottop Road, Patong Beach again
- Shopping lagi, tapi kali ni untuk souvenir pula.

Bertolak pulang
- disebabkan border tutup pukul 12 tengah malam dan waktu itu kami baru sampai Trang. Makanya kami bermalam di hotel di Trang

16 Disember 2012
Bertolak pulang ke Malaysia


Kesimpulan dari pengalaman dan jadual yang kami atur:

1. Kami bertolak pagi-pagi, jadi kami sudah rugi masa di situ. Jika sampai awal di Phuket, banyak aktiviti boleh dilakukan pada hari pertama itu. Jadi disarankan bertolak malam sebelum pukul 12 tengah malam. Jadi boleh sampai Phuket pagi. Check-in, tidur dulu. Petang dah boleh buat aktiviti. Kami rugi di situlah. tapi at least banyak juga tempat kami singgah. Kalau drive malam, nak singgah mana kan?

2. Tandas dekat mall takde air. Tapi kalau tandas kat hentian rehat ada air. Siap ada kolah lagi. Tahap kebersihan pun, bersih jika dibandingkan dengan tandas di Malaysia.

3. Penunggang motor kat sini bawa macam kura-kura ok. Lepastu suka bawa tengah-tengah jalan. Stress je.

4. Don't worry, tempat makan halal banyak. Cari je masjid, sekeliling masjid tu banyak kedai makanan halal.

5. Banyak lagi aktiviti lain boleh buat. Contohnya, naik gajah, shooting, bungee jumping, water rafting, buggy car, phi phi island tour. Phi phi island saya tak pergi sebab dah pergi masa gi Krabi dulu. If kami sampai awal pada hari pertama tu, dah boleh buat aktiviti.

Itu je yang dapat difikirkan buat masa sekarang. Kalau ada lagi, saya akan tambah. Entri seterusnya saya cerita aktiviti-aktiviti kami pula di sana

Babai...

p/s: Mood tak berapa best harini. Sebab tu entry pun skema semacam je..

7 comments:

  1. Cantikkan sunset view kat phuket ...
    pernah pergi time comp trip bulan 3 thn lpas ..
    lagi best view kat james bond island tuh ..
    aman damai kan ..
    hahaha ...
    happy honeymoon dear..

    ReplyDelete
  2. ha??mood xbest?? sabaw je La..org br ps kawen mesti kene ade mood aLways! hehehe. chill~ =)

    ReplyDelete
  3. cantik betul view sunset tu.. sy mmg suka tgk sunset.. :)

    ReplyDelete
  4. Iera:
    Ha ah cantik sunset view.
    Tapi kat Jzmes Bond Island tu ramai sangat...

    ReplyDelete
  5. Sya: Hahahahhaha, nak wat macamana mood dah tak best... Tapi takde kaitan dengan hal rumah tangga :-)

    ReplyDelete
  6. Shizan: bolehla pegi, tengok sunset view

    ReplyDelete
  7. nana skrg ni dlm dilema nak pegi phuket atau koh samui. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...