Daisypath - Anniversary

Followers

Friday, December 21, 2012

Wedding Review #3: Hand Bouquet (HB) dan Kasut

Semua orang pergi Solat Jumaat kan. Tinggal yang gadis-gadis sahaja di ofis. Jadi marilah kita menyambung review.

Pihak butik, ada menyediakan sekali HB dan kasut untuk majlis aku. Tapi, biasalah gatal tangan nak juga DIY. Makanya, ada dua HB. HB dari butik aku guna waktu nikah. HB DIY aku guna untuk sanding.

Untuk kasut pula, kasut nikah aku DIY kasut lama dan kasut sanding guna butik punya. Makanya, kasut sanding yang aku beli kat Time Square tu tak pakai pun. Ada terperuk kat rumah. Ini semua gara-gara warna baju sudah bertukar. Nasib baik murah je kasut beli kat Time Square tu.

HB guna waktu nikah dan kasut guna waktu sanding

HB in action waktu nikah

Ini kasut nikah yang DIY. Kasut  ni, kulit bahagian belakang dah mengelupas. Dah buruk. Tapi kasut ni masih elok. Jadi untuk menyorok keburukan itu, aku pun gunalah gliter untuk cover belakang tu. Inilah hasilnya. Comot sikit, sebab gambar ni di ambil sebaik sahaja selesai men'DIY'. Tak dibersihkan lagi. Nanti aku buat entry DIY kasut ni.

HB sanding in progress. Adik lelaki aku sorang ni eksaited pulak nak buat HB ni. Jadi aku bagi je lah dia buat. Lepas dia siap hias bunga tu, adik perempuan aku hias pulak pemegang bunga tu. Hasilnya, cantik walaupun pemegangnya terpanjang sikit. Bunga yang warna putih kehijauan itu aku beli kat Bunga-Bunga Cinta manakala bunga warna pink ambil dari stok bunga-bunga yang ada kat rumah (bunga recycle lah tu hihihi)

HB in action. Erk... kecik pula gambar...
Maaf gambar kurang memuaskan. Maklumlah photographer amatur. Nanti dah dapat gambar dari OP, kita letak gambar lain pulak :-)

7 comments:

  1. hehe jimat (^_^)
    pas wedding buat bunga hiasan kat rumah pulak...

    ReplyDelete
  2. Diyana, memang itulah plannya.. nak letak je terus dalam pasu. Takyah gubah dah...

    ReplyDelete
  3. cut cost! pandai zarith berjimat~ :)

    ReplyDelete
  4. zarith punye nikah cam colour same dengan dija, colour peach orange ye? :) cantik hb tu :)

    ReplyDelete
  5. perghh..rajin! kLw Sya, DIY ni Last option. huhu. sbb takot xjadik. tp kLW berjaye, die punye feeling, perghh..rase nk gtaw kt sume org! hehehehe

    ReplyDelete
  6. Eddany: ha ah.. cut cost and rasa bazir tgk bunga kat umah tak guna

    Dija: tak... saya nikah pakai warna kuning gold.. hb simple tapi cantik..

    Sya: Saya DIY pun, bendanyang simple. Kalau benda yang renyah, kena jahit ke apa ke.. memang takdela nak DIY. Hihihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...