Daisypath - Anniversary

Followers

Monday, December 31, 2012

Wedding Review #6: Button Badges for family members

Assalammualaikum...

Selamat bercuti semua dan Selamat Tahun Baru 2013. Semoga azam tahun 2012 tercapai semua. Yang belum tercapai tu, sambung lagi tahun depan ok. Saya taknak bercerita pasal azam baru lagi. Nak review wedding lagi.

Untuk sesiapa yang terlepas review sebelum ini, sila klik di bawah ye.

1. Wedding Review #1: Random update of wedding
2. Wedding Review #2: Pelamin Sanding
3. Wedding Review #3: HB dan kasut
4. Wedding Review #4: Penunjuk arah
5. Wedding Review #5: Bunting

Sekarang ni ramai B2B buat button badges untuk keluarga. Saya pun taknak ketinggalan. Nak ikut juga orang. Makanya tercapai hasrat juga. Ingat tak entry ini?

Yup, design untuk button badges adalah sama dengan design untuk sticker jar doo gift.


Saya cuma tukar tulisannya je.

Bahan-bahan untuk buat door gift rasanya semua orang pun tahu. Tapi, untuk yang tak tahu, saya senaraikan di sini

Bahan-bahan:
1. Button Badge Kosong - boleh beli online but harganya varies, saya pula dapatkan dari ex-B2B Suria. 

2. Kertas sticker

3. Clear Spray

4. Gam tembak or double sided tape.

Dapatkan bahan-bahan tu. Nanti kamu tahulah apa yang perlu di buat. Hasilnya:


Anak merah itu menunjukkan button badges yang di pakai oleh family saya. I know gambar tak jelas  :-(



 Button badge yang di pakai oleh pengapit saya. Button badge itu di tulis pengapit perempuan


Gambar ini je yang clearkan ? Yes, this is my adik


Untuk ahli keluarga yang lain, saya letak saudara-mara. Senang sikit. Sebab family saya besar. Adik-beradik mak saya dah ada 13 dan adik-beradik saya dah ada lima. Ini belum termasuk lagi sepupu-sepapat dan anak diorang. Jadi untuk mengelakkan terlepas pandang nama diorang ni. dan mengelakkan dari merajuk, letak je saudara-mara. Habis cerita.

Lepas habis kenduri, ayah saya kutip semua button badges dan gantung cantik-cantik kat ruang tamu sebagai kenangan...

8 comments:

  1. menarik idea gantung balik button badges tu...hmmm

    ReplyDelete
  2. Wahh...sangat menarik idea letak kt ruang tamu tu.Hehe.Cantikla kalau buat button badge.Boleh dipertimbangkan ni. :)

    ReplyDelete
  3. Teha: Kan... saya pun tak terfikir nak buat macam tu. Ayah saya pulak yang excited nak gantung bagai...

    ReplyDelete
  4. Sha: Menarikkan... Buat sebagai hiasan. Buatlah Sha button badge.... Kalau tak nak buat sendiri pun boleh tempah. :-)

    ReplyDelete
  5. comeL! senang nk kenaL fmLy mne 1 kan..tp cm famiLy Sya mesti dorg refuse nk pkai. byk songeh sume nye.. huhuuhu

    ReplyDelete
  6. dija dah terlambat tau pasal button badge ni tau, nak buat pun dah malas..hehe beli je la yang dah siap :) best gak gantung kat ruang tamu, tak la buang2 kan, simpan untuk kenangan :)

    ReplyDelete
  7. Sya: kan.. senang orang nak kenal. Saya pun awal-awal adik refuse nak pakai. Tapi akhirnya diorang pakai jugak...

    ReplyDelete
  8. Dija: Oklah tu.. Beli yagn dah siap pun ok.. Ha ah betul betul simpan buat kenangan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...