Daisypath - Anniversary

Followers

Friday, December 21, 2012

Wedding Review #2: Pelamin Sanding

Selamat pagi semua!!! Akhir-akhir tahun ni, di ofis adalah kurang kerja. Jadi, sangatlah bosan. Lagi-lagi, minggu ni ramai yang pergi kursus. Lagilah sunyi ofis ni tiada kawan untuk bekerja sekali.

Seperti tajuk di atas. Nak lah review pelamin sanding kite nih. Banyak juga kisah pelamin ni.

Dulu, masa kakak aku kahwin, pelamin pasang dalam rumah. Memang muat. Tapi ruang nak ambil gambar adalah terhad sebab ruang tamu rumah kecil. Jadi, aku buat keputusan nak buat pelamin kat luar rumah.

Tapi bila buat luar rumah, ada pulak masalah lain. Antara masalah yang dihadapi:

1) Ketinggian dari lantai ke atap adalah cukup, tapi ada bidang yang panjang sikit menyulitkan dan mengurangkan ketinggian latar belakang pelamin. Jadi solutionnya terpaksa buat dua lapis latar belakang pelamin. Nampakkan, satu latar belakang tinggi. Satu lagi latar belakang rendah.

Full view pelamin

2) Latar belakang yang tinggi tu, rancangannya mahu stapler ke bumbung asbestos. Tapi disebabkan asbestos tak mencengkam kuat stapler, perlahan-lahan kain latar belakang tu terjatuh. Pada hari kejadian, terpaksalah butik cari solusi lain dengan menambah satu lagi rangka di belakang untuk pegang kain latar belakang yang tinggi. Walaupun nampak comot sikit disitu, tapi itu sahaja solusi yang ada. (Tu lah gatai sangat nak buat depan rumah. Orang suh buat bawah khemah takmau)

3) Lampu pelamin pada hari kejadian terpadam. Cari punya cari puncanya, plak yang sambungkan wayar lampu tu dah cair sebab overload. Puncanya lagi, sebab ada orang gatal tangan pasang TV dan meletakkan wayar TV sekali dengna wayar pelamin. Hal ni aku tahu selepas majlis. Aku dah pesan awal-awal tak dibenarkan pasang TV pada haritu. Itulah susahnya kalau ada saudara-mara perasan tuan dalam rumah tu. Nasib baiklah tak terbakar ke meletup ke.

Pelamin dengan lampu  menyala
Set pelamin ni didatangkan dengan set tepung tawar, door arc, bunga tiang 4 biji dan red carpet. All in all, berpuas hati dengan pelamin itu walaupun warna pelamin ditukar pada saat-saat akhir. Aku sengaja ambil kerusi yang panjang sebab senang nak bergambar ramai-ramai. Kalau ambil kerusi satu-satu tu, ruang untuk orang menyelit kat pelamin jadi kurang.

Door arc dan bunga tiang

Cerita pasal pelamin ni, lupa pulakkan nak bagitau ambil dari mana. Pelamin ni aku ambil pakej di Butik Pengantin Dynas Collection. Korang boleh search kat facebook page butik ni. Sorrylah tak dapat bagi link sekarang, sebab FB adalah di block di ofis.

Pada pendapat aku, pelamin-pelamin nya agak tradisional dan tak up to date. Kak Ti (Pemilik Butik) agak lambat up to date dengan design pelamin sekarang. Tapi still cantik. Kalau korang tunjuk contoh design pelamin yang korang nak, insyaAllah dia boleh buatkan. Macam saya, pilih je desing pelamin yang ada.



6 comments:

  1. dija pun pilih kusi panjang.. amik gambar pun nampak lagi mesre nanti..hehe

    ReplyDelete
  2. Cantik pelamin.Suke warna die.Alhamdulillah okay je ye plug tu.Tu la bile dah ramai2 xleh nk controlkn dear.Btw congratz dear. :)

    ReplyDelete
  3. still cantik..cuma sempit ek...tp xla nmpak sngt yg tinggi sebelah..sbb amik gmbar xsmpai atas pun kan... :)

    ReplyDelete
  4. Khadijah: kan .. senang tangkap gambar..... n lebih mesra... baru baca skit review wedding dija.... laju jugak dija update...

    ReplyDelete
  5. Sha: ha ah. Kombinasi warnanya cantik. Itulah masalahnya.. nasib baiklah...

    ReplyDelete
  6. Cik mah: sempit skit sebab kelebaran tak cukup.. tapi still cantik...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...