Daisypath - Anniversary

Followers

Friday, December 28, 2012

Honeymoon Road Trip to Phuket #2: Two Villas Holiday Phuket, Bang Tao Beach - The Accomodation

Part 2 of our honeymoon to Phuket. Sebelum bercerita tentang aktiviti di Phuket, nak kongsi tentang tempat penginapan kami dulu.

Sebelum tu, sesiapa yan gbelum baca part 1. Klik sini.

Saya boleh berkenan nak duduk kat villa ini adalah setelah baca blog seorang ex-b2b, Hidayati Farhan. Terjumpa blog ni pun secara kebetulan. Masa tu tengah meng'googled' tempat penginapan di Phuket. Klik di sini untuk ke blog entrynya. Dia bertuah sebab beli package ni dekat groupon. Saya pulak, terus book online kat website villa ni.

Untuk accomodation, saya teringin sangat nak ada private pool. Ini semua terpengaruh dengan kawan-kawan yang pergi honeymoon ada private pool. Seronok je tengok gambar diorang. Tapi kebanyakan dioang pergi Bali. Bali memang banyak villa macam tu. Cuma masalah saya adalah tiket flight mahal.  Jadi saya pun berusahalah cari penginapan yang ada private pool but yet affordable. Alhamdulillah, tercapai hasrat. Seronok sangat duduk villa ni. Sampai rasa tak nak balik tau.

Villa ni dua tingkat. Ada 3 bilik tidur tetapi hanya satu bilik tidur je diorang buka untuk kami.  Juga ada dapur dan ruang tamu.

Jom layan gambar dulu...

Dihadapan villa saya... Seronoknya kalau villa ni saya yang punya!!! 


Private pool with landskap...

Another view... seronok tau. Tiap-tiap pagi bangun je tidur, breakfast then terus terjun pool. Seronok!!!! Bercakap tentang breakfast, tiap-tiap pagi ada maid datang dan siapkan kami breakfast. Bangun-bangun tidur, hidangan dah tersedia atas meja. Seronok sangat. Next entry nanti saya review tentang makanan pula.

Bilik tidur... Suka suka suka..

View outside the villa...

View tingkat atas villa.. Ada verandah lagi. Owh bathtub  pun ada. Satu tips, Bunga-bunga yang kat atas katil tu jangan buang tau. Simpan. Nanti beli susu pastu boleh mandi bunga+susu kat bathtub =)

View tingkat bawah villa... Dapur dan ruang tamu...


Outside the villa again...

Pihak villa ni juga ada menyediakan telefon bimbit untuk kami guna. Wah, seronok kau dapat handphone dengan reload 100 bath. Boleh je nak pakai. Sangat convenient  Dekat villa pun ada disediakan wi-fi. Tapi, jarang guna dowh, ye lah banyak lagi aktiviti lain nak buat.

Owh...

Villa ni pun ada banyak. Bukan dekat Bang Tao Beach sahaja. Kat pantai lain pun ada. Jadi off course interior design pun berbeza mengikut tempat. Ada dua jenis villa ni. Villa yang kami duduk adalah Oxygen Style. Lagi satu adalah Oriental Style.

Kebetulan, villa yang kami duduk ni terletak di perkampungan orang Islam. Banyak masjid kat sini. Merata-rata pun ada nampak orang bertudung. Pekerja villa ni pun beragama Islam. Maka, ada disediakan halal food.

Kami ambil package honeymoon 3 hari 2 malam. Tapi kami tambah lagi 1 hari. Makanya, kami duduk 4 hari 3 malam di sana. Dalam package honeymoon ni, dapat free dinner sekali dan sparkling juice. Tapi sparkling juice tu kami tukar untuk dinner. Jadi makan malam kami untuk dua hari sudah jimat. Juga free transport to and from airport. Tetapi disebabkan kami drive, takda maknalah free transport itukan.

Saya sangat recommended tempat ni untuk honeymoon. Untuk percutian family pun best juga. Untuk status sebagai villa, harganya sangat berpatutan.

Sila lawat laman web villa ini untuk keterangan lanjut (ceh macam iklan pulak):

www.twovillasholiday.com/

Sampai sini dulu. Nantikan review seterusnya.

p/s: Walau apa pun keinginan kita, pastikan dalam budget kita. Jangan sebab nak ikut orang, sampai over budget jadinya. MAKA, perancangan awal adalah penting <-- motif?

8 comments:

  1. harga pakej2 mahal 2..nak guna pergi...

    ReplyDelete
  2. Wah bestnye, dijapergi dekat2 je ni tau, tak review pun lagi.. gi ngan family semue best nu :)

    ReplyDelete
  3. Tak kisah dekat ke jauh janji within budget plus happy. Cepat review Dija. Tak sabar nak baca....

    ReplyDelete
  4. ni yg rasa nk g honeymoon cepat2 ni....xsabar tunggu 2013, thn ni dh xde cuti huhu abis cuti kwin...awal thn depan br nk g honeymoon tu pun ++ dgn family day keluarga hubby, hnymoon berdua lom lg...Cantik giler tempat ni...agak2 budget berapa tempat ni zarith..sgt2 osemmm

    ReplyDelete
  5. Nona, cepat cepat pegi honeymoon..... cuti saya abis dah tahun ni. Cuti for kahwin plus honeymoon sekaligus.

    Nanti dah gi honeymoon jgn lupa review tau...

    Budget villa ni semalam dalam rm400++

    Honeymoon packagenya boleh tengok kat website villa ni...

    Tapi bear in mind tau, saya pergi naik kereta. Jadi dah boleh jimat tambang tiket flight dan harga sewa kereta... jadi still in my budget....

    ReplyDelete
  6. whoaaa...best nye!
    somantikk jek surrounding nye.ngeeee =)

    ReplyDelete
  7. Noorliana: sebab tu kena rancang awal. Apa-apa pun yang kita buat, make sure in your budget... setiap orang budgetnya berbeza-beza... :-)

    ReplyDelete
  8. Sya: romantik gitu kan.... malam malam lagi romantik... tapi sory, takde tangkap gambar waktu malam...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...