Daisypath - Anniversary

Followers

Monday, December 31, 2012

GA Falling In Love

Mari ramai-ramai sertai GA oleh seorang B2B cantik kita, Cik Firuz. Nama GA ini pun sudah terang dan jelas. Tentulah Cik Firuz kita nak kita ceritakan tentang moment atau peristiwa jatuh cinta kita.

Berdebar-debar tau nak sertai GA ni kerana ini adalah pertama kali kisah cinta saya akan terbongkar. Tetapi, jangan risau. Yang rahsia tetap kekal rahsia. Tetapi nak cerita yang mana satu ye? Maklumlah, banyak kali jatuh cinta tapi kemudiannya putus cinta. Setiap cinta ada  kisah. Tapi sudah tentulah saya nak cerita kisah cinta saya dengan teman hidup saya sekarang.


Episod 1

Pertama kali kami berjumpa dan bertentang mata adalah di satu conference di KL pada Disember 2008. Dia menjaga booth. Saya dengan kawan saya pula sebagai peserta sudah tentu lah shopping di booth-booth yang ada. Bersembang agak lama juga masa tu. Tapi bersembang tentang kerja sahaja. Dia ada menghulurkan name card nya. Simpan sahajalah kan. Waktu tu tiada perasaan apa-apa pun. Sebagai stranger, perbualan semua berhenti di situ sahaja. Ooppsss... Lagi pun masa ni saya tengah berpasangan.


Episod 2

Tak sangka tempat yang terpencil pun boleh terjumpa dia ni. Pertemuan kali kedua kami adalah jauh nun di tengah laut pada April 2009. Di sebuah pelantar minyak. Bila saya tengok dia, dalam hati saya kata "macam kenal je mamat ni". Tapi dia macam tak mengenali saya. Tapi dia masih macam pertama kali saya jumpa dia. Suka pot pet pot pet pot pet. Suka sangat bersembang. Saya pun layan kan je.

Ada satu harini saya tanya dia. "Ingat tak kita pernah jumpa tahun lepas dekat conference?". Bila saya tanya macamtu, baru dia macam ingat-ingat lupa. Baru dia bagitahu waktu conference tu, dia tak berapa sihat. Demam. Kepala pun tengah bengong lagi sebab baru balik dari laut, dah kena jaga booth

Waktu saya mahu pulang, kami bertukar name card. Saya pun pulang ke KL. Meneruskan kerja seperti biasa.


Episod 3

Selepas pertemuan kali kedua. Kami tak pernah berjumpa lagi. Ada juga sekali-sekala dia email atau mesej saya untuk berjumpa tentang kerja. Saya pula sudah tentulah taknak. Tahu sangat kalau kerja sale ni. Kerjanya nak cari info dan projek je lah. Saya buat tak layan je selama dua tahun setengah dia mesej dan email saya ni.

Sampailah satu hari, saya tergerak nak balas mesej dia. 


Episod 4

Saya tergerak nak balas mesej dia sebab masa tu saya tengah bengong dengan masalah peribadi. Jadi kami berjumpa untuk kali ketiga di kawasan tempat kerja saya. Banyak juga hal kerja kami cerita. Dia ni kerja nak korek info je. Sudah tentulah saya tak bagitau kan. Semua saya cakap tak tahu. Tapi sebenarnya memang saya tak tahu pun. Dah bukan skop kerja saya.

Sejak hari tu, kami mula berkawan. Masih tiada perasaan, dia pun dah ada teman. Saya pun dah ada teman. Tapi saya waktu itu dalam proses untuk putus dengan teman saya. 

Waktu tu saya mengalami tekanan perasaan yang sangat teruk. Sampai saya rasa taknak hidup lagi. Pada dialah tempat saya mengadu. Dia, sebagai seorang kawan, layan kan je lah saya ni. Alaa, layan sms je pun. Jumpa pun sekali sekali. 

Empat bulan juga saya mengalami tekanan perasaan. Saya di torture, dimarahi dan diugut oleh teman lama. Tetapi, saya masih tidak putus dengan teman lama. Serius waktu ini sangat menderita sehingga saya terpaksa buat dua laporan polis tentang teman lama saya. Adik lelaki saya juga salah seorang yang membantu pada waktu genting begini. Muka pun  macam orang sakit. Cengkung semacam je.

Berbalik kepada dia. Walaupun dia menjadi tempat saya mengadu. Perasaan cinta dan sayang tu tiada pun. Malah saya yang bengong ni, dah bertekad nak mempermainkan dia dan kikis harta dia ni. Biar dia merana. Bagi saya, lelaki sekarang semuanya sama, nak mempermainkan perempuan sahaja. Daripada dia mempermainkan saya, baik saya permainkan dia. 

Tapi entah macamana, suatu hari yang tenang, dia berterus-terang dengan saya bahawa sebenarnya dia suka dengan saya. Bertahun-tahun dia cari saya. Semua email dan SMS dia tentang kerja itu semuanya adalah umpan sahaja untuk berbaik-baik dengan saya. Barulah banyak kisah terbongkar. Waktu tu juga dia beritahu dia sebenarnya tengah bengong juga dengan teman dia. Saya tergamam waktu itu. In fact, saya menangis. Saya terharu, sedih dan rasa bersalah sangat. Terharu sebab masih ada lelaki yang masih mahukan saya. Sedih sebab nasib yang menimpa saya dan dia. Bersalah sebab mahu mempermainkan dia. 

Sejak hari tu, perasaan cinta berputik. Hidup saya dan dia perlahan-lahan kembali normal. Pada Jun 2012 kami bertunang dan alhamdulillah pada 8 Disember 2012 kami selamat diijab kabul. 

Semoga cinta kami berkekalan selamanya dan berdoa agar kami dapat mengharungi cabaran hidup ini bersama-sama. 

Itu sahajalah cerita bagaimana saya jatuh cinta. Panjang berjela-jela. Memang tak boleh nak di pendekkan. Jadi kepada B2B, ex-B2B marilah sertai GA ini. Syarat-syarat penyertaan mudah sahaja:

1. Buat satu post. Kepada yang tiada blog, boleh emailke feeruzstory@gmail.com
2. Sila tulis tajuk post "GA Falling In Love"
3. Link kan post ni kepada blog Cik Firuz

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 11 January 2013. Hadiahnya pula masih tidak diumumkan tetapi yang pasti hadiahnya adalah barangan perempuan.. jeng jeng jeng.....

Untuk keterangan lanjut, sila klik sini k.

4 comments:

  1. macam nak join..
    tapi malasnye nak reka ayat..

    :)

    ReplyDelete
  2. jom join inayusoff. tak payah reka.. tulis je <-- poyo.. hihiih

    ReplyDelete
  3. good luck zarith :))
    kadang2 mcm drama pun ada kan kisah cinta masing2..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...