Daisypath - Anniversary

Followers

Tuesday, November 6, 2012

Wedding Preparation#28: Bundle Update

Tik tok tik tok tik tok.....

Seriously aku tiada mood sekarang ni. Masak tiada mood, buat kerja kahwin tiada mood. Update blog tiada mood. Tak tahula aku rasa nervous atau takut untuk berkahwin. Tapi persiapan perlu diteruskan.

1) Sticker untuk lekat di jar door gift
     Rancangannya nak guna design button badge yang aku dah buat. Tapi setelah tunjuk kat adik-adik aku diorang cakap buruk. Design macam orang tua. Ok fine, memang aku 3-5 tahun tua dari diorang. End up, akusuruh adik aku design lain. Siap pun desing dan separuh sudah lekat di jar. Ini juga bermakna design button badge juga berubah. Ikut design sticker. Adik aku design guna online software. Tapi aku tak ingat web addressnya.

   As for raw material button badge, aku beli dari  b2b jugak. Next entry aku update difficulty mencari raw materialni <-- ( bukannya apa, update blog guna mobil device adalah susah untuk attach gambar dan letak link, sebab tu kena update lain guna laptop)

2) Baju nikah, baju resepsi, pelamin dan MUA
     Semuanya ambil dari butik yang sama. Ada good news dan bad news.

     Good newsnya, pada tarikh majlis aku, butik hanya handle satu majlis je which os majlis aku. Maksudnya MUA boleh datang rumah untuk makeup. Yeay! takyah susah susah pergi butik untuk makeup. Lagi satu good news, design pelamin sudah pilih. Yeay lagi! Warna pelamin nanti boleh pilih bila fitting baju nanti.

     Bad newsnya, baju nikah dan tunang aku tak potong lagi. huhuhuhu. Apakah? Aku adalah sangat risau. Tapi aku dah bagi contoh design baju yang aku nak kat Kak Ti owner butik tu. Lets pray, semuanya akan berjalan lancar. Disebabkan aku tak menang contest by Adria Cottage, Kak Ti akan buat viel untuk aku juga guna lebihan lace baju.

3) PA System, khemah, kompang dan marhaban
     Consider book. Walaupun ada benda yang aku risau seperti orang PA System tak datang masa hari kejadian.

4) Warna tema
     Sebelum ni aku cerita warna tema resepsi adalah warna mint green+peach. Tapi warna tema sudah jadi warna-warni. Sebabnya, aku akan menggunakan segala saki-baki bunga telur, door gift bag dan hiasan bilik dari kenduri kahwin kakak aku tahun lepas. Which is aku tak kisah pun as long boleh jimat sudah.

5) Hiasan hantaran lelaki dan perempuan
     Semuanya aku sudah siapkan.Cuma letak barang hantaran je lagi. Tapi off course sirih junjung dan sayu dulang hantaran makanan tak buat lagi.

6) Kad kahwin
     Aku sudah mula edarkan kepada lawan kawan yang jauh. Kepada yang masih belum terima. Sabar ya. Ada belum diposkan lagi. Setem sudah cicir dimana pun aku tak tahu.

   Ramai juga yang tanya harga kad kahwin aku. Nanti aku cerita pada next post k.

Itujelah aku boleh update sementara menunggu laptop untuk update blog bergambar.

Babai

4 comments:

  1. bnyak dah tu in progress...oklah...bj nikah tu kasi cepat2 sikit..hehhe...paling penting tu...

    ReplyDelete
  2. banyak dah settle... ok dah tu zarith.. =)

    ReplyDelete
  3. semoga berjalan lancar!! be cool ya dah nak dekat hari bersejarah dah ni ha... hehe

    ReplyDelete
  4. Cik Mah: tu yang risau tuh... baju tu yang penting...

    Shizan: tq Shizan. Tapi selagi baji tak siap, selagi tu rasa perasaan tak best

    Loy: eh eh boleh ke panggil Loy? Hihu? Tq. Hopefully boleh cool.. :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...