Daisypath - Anniversary

Followers

Friday, October 12, 2012

Wedding Preparation#21: Hantaran sudah selesai....

Aku nak update blog. Tapi, tapi, kalau update kat mobile device susah nak upload gambar. Hence tergendala proses mengupdate. Tapi harini tak kira jugak. Nak update jugak walaupun takleh tepek gambar.

Sesudah je hari bertunang, kami mula membeli barang hantaran sikit-sikit. Setiap bulan beli satu. Jadi takdala terasa sangat duit habis kalau beli sekali harung. Konon nak tunggu jugakla waktu sale. Tapi barang kami nak bukan ada sale sangat. Jadi, asal jalan-jalan, berkenan and harga berpatutan, terus grab.

Hantaran perempuan ke lelaki
1. Jam tangan ( agak leceh juga untuk pilih, sebab dia suka jam yang ada tarikh dan tali jam taknak yang besi atau kulit)
2. Skin care shaver set
3. Kamera (dah selamat digunakan, actually beli awal tahun sebelum tunang lagi, memang dah niat nak wat hantaran)
4. Handphone (Kena beli, sebab dia asyik mengamuk handphone dia asyik hanged je. Memandangkan sudah uzur, aku decide nak bagi telepon kat dia, pun sudah dipakai dulu)
5. Kasut
6. kemeja dan seluar
7. Cincin nikah (bolehkan buat hantaran?)
8. Sejenis makanan (tak tahu lagi nak bagi cupcake atau choklate atau buah)
9. Sirih junjung

Hantaran lelaki ke perempuan
1. Jam tangan
2. Body care
3. Perfume
4. Tab (sudah guna jugak, ini pun pikir jugak nak bagi ke lelaki atau perempuan. Tapi disebabkan belah lelaki dah cukup, letak belah perempuan punya)
5. Mas kahwin
6. Sejenis makanan (tak decide juga nak letak apa)
7. Sirih junjung

Semua barang barang ni dibeli  bersama-sama sebab kalau beli asing asing dia merajuk. See, lelaki lagi kuat merajuk tau daripada perempuan.

Hantaran dah kira lengkap, sebab makanan dan sirih junjung hanya boleh disediakan 2-3 hari sebelum majlis.

Bekas hantaran pun dah 50% siap. Cuma nak kena bawa balik kampung untuk sambung hias. Teaser ada, tapi takleh nak di upload.

Yang pentingnya disini, beli hantaran ikut kemampuan masing-masing. Jangan nak ikut orang tau. Beli juga hantaran yang kamu biasa pakai dan kamu amat memerlukannya. Jangan tadi lepas kahwin, barang hantaran tu duk terperuk je tak guna. Beli mahal mahal tapi tak pakai wat pe kan.

Tu je nak membebel...

Babai...

7 comments:

  1. Cik mah setuju...beli sikit2 n ikut kemampuan..jgn beli klau hanya nk menunjuk2 kan... :)

    ReplyDelete
  2. Shizan and cik mah: betulkan... kena ikut kemampuan... yang penting majlis nanti, bukan hantaran...

    ReplyDelete
  3. cik awin x bg brg pape dh time nikah nnt...cuma dr pihak laki bg mas kahwin ngn barang utk batal air sembahyang je. ritu masa bertunang, dh bg sume ;)

    ReplyDelete
  4. sama la mcm sy :)) beli apa yg dipakai :D

    ReplyDelete
  5. ckp psl majuk lelaki ni..
    ye la zarith : mmg betul kne bli sama2 brg hantaran dgn dia... klu x dia majuk..
    lg teruk la majuknya, lg payah la mau pujuk..

    skang pun dh sgt fhm ,ape saje nk g mn2, bli brg ke hape... kne sama2 dn bw dia...

    ingtkan nk wat rambut..haha.. tu pun dia nk ikut.. caner nk wat surprise gini kan klu dia nk ikut sekalik?..

    so, akhirnye kne tuko plan buat rambut ms nk dkt majlis..means ms start cuti nk kawen..

    anyway, brg hantran kite dh komplete kecuali la bunga/kek..hihi

    ReplyDelete
  6. Cik Awin: Bagusnya.. dah jimat.

    Cik Saila: yeay sama!!!

    Bintanghati: Kan!! lelaki merajuk lagi dasyat. nak gi mana-mana mesti dia nak ada. Samala kita.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...