Daisypath - Anniversary

Followers

Thursday, October 4, 2012

Wedding Preparation#14: Permohonan Kebenaran Berkahwin Negeri Perak

Baru nak mem'buzy'kan diri dengan borang-borang nih.

Sebelum ni aku duk tanya kawan-kawan ofis aku macamana nak ambil surat akuan bujang. Tau apa diorang cakap?

"Eh, tak perlulah surat akuan bujang. Pihak lelaki je yang kene buat!"

Pulak dah. Aku pulak yang konpius. Tanya dua tiga orang lagi, jawapannya still sama. Dah macam tu, barulah aku terkial-kial cari checklist. Ha.. ni dia checklistnya. Nampak tak yang bulat warna merah tu?


Jadi aku membuat andaian, setiap negeri, benda yang diorang mintak berbeza-beza. As for negeri perak, pihak perempuan pun kena ambil surat akuan bujang. So, confirm kena ada. Dengan gigihnya aku pegrilah kat HR nak minta surat tu. Oopss, kena isi borang dulu ye.


Nampak bulat merah itu? Tandakan. Dalam tengah isi borang tu, tak ingat alamat kepada siapa surat ini dituju. Pulak. Last-last adik HR ni pun suruh tulis je Jabatan Agama Islam Cawangan Ipoh. Nanti dia carikan alamat penuh. Yeay! Selesai sudah. Tunggu 2 hari lagi, HR akan email bila surat dah siap. Yeay lagi!

Selesai sudah satu borang.

p/s: Next week, 10hb, HIV test. Weee! Burn cuti satu hari lagi (konon nak simpan untuk cuti kahwin, ceh). Haritu nanti banyak benda nak settle. Thats why ambil je cuti.

8 comments:

  1. so maksudnya , lain negeri lain crite la eh pasal surat akuan bujang nih ?
    Iera lg la xtaw law kt KL ni perlu @ x surat tuh untuk Iera ..
    Biasa dgr pihak laki je yang kena ..

    ReplyDelete
  2. wah.. siap kena isi borang lg..
    saya emel je ckp nak surat...
    hehe

    ReplyDelete
  3. Shizan- eh sama pulak kite ye... tak sabar nak settlekan borang borang ni

    Iera - macamtulah yang saya paham. Rasanya KL tak perlu. (Ok, sila dapatkan maklumat dari b2b kl). Sebab my friend dari KL dia tak buat pun surat tu. Sebab dia jumpa kadi dengan wali sekali. Kawan saya yang asal dari Kelantan pun tak buat. Nak lagi senang, dapat kan borang dari jabatan agama dulu.Sure ada checklist apa yang perlu buat.

    Diyana - hehehe itulah pasal. Staff ramai sangat kot, takut tak ter keep track.

    ReplyDelete
  4. wowwwwwww....best nye preparation tuk wedding..
    btw cik dah FOLLOW awak dear..jgn lupe follow balik tau^^

    http://azlyiejah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. sng citer..sediakn je siap2. pejabat agama nk atau tak..blkg kira. yg penting...da prepare awal2. hopefully sume berjalan lancar.

    ReplyDelete
  6. dija rase semue negeri nak surat akuan bujang, sebab kat situ la dia nak tau kita ni betol2 bujang, perempuan lagi la penting, kang buat nya isteri orang kan masalah pulak, dija kat johor pun kene gak, semalam baru amik kat ketua kg, teros settle, hiv test result next week tau :)

    ReplyDelete
  7. Cik azlyzah - already foo0llowing u. :-)

    Miss n - betul jugak tu. Sediakan je senang :-)

    Khadijah - tak taulah .... dah 4 orang tanya budak ofis perempuan, diorang tak buat pun surat akuan bujang. Lelaki je kene buat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...