Daisypath - Anniversary

Followers

Tuesday, October 2, 2012

Wedding Preparation#12: Door Gift <-- Preparation ke ni?

Cupcake, kacang, kuih gelang, chocolate, telur.......

Nak bagi apa ek untuk door gift?  Idea ada, tapi terpaksa pending. Owh tak suka pending.

Alkisahnya, kakak aku kan kahwin tahun lepas, jadi ada banyak lagi baki door gift dan bunga telur. Memang planning nak guna je saki baki yang ada (jimat duit aku + dapat mengurangkan barang yang disimpan). Tapi kene tambah apa yang tak cukup lagi.

Masalahnya, ayah saya nak ikut kalau nak beli door gift. Sebab nanti, kawan-kawan dia juga yang ramai datang ni. Plus ayah yang akan keluar duit. (apa punya anaklah pow ayah camtu). Tapi lagi, ayah sibuklah pulak dengan kerja.

Jadi perancangannya, nak setel beli door gift masa aku balik kampung nanti. Bunga telur pun nak kena beli juga. Ayah memang nak bagi bunga telur. Aku pun sama. Sebab bagi aku, tak lengkap kalau takde bunga telur.

Untuk bag door gift pulak, kena tunggu kad kahwin siap baru dapat. Itu yang wat aku angin jugak pasal kad kahwin ni. Banyak benda tergendala.

Ok, sabar-sabar.

Itu jelah nak di kaborkan pun....

Lagi 65 hari sebelum majlis....... chaiyok chaiyok

7 comments:

  1. Wahhh... dah boleh jimat. :)

    (ayah sponsor+pakai balance dari akk punya)


    best!

    ReplyDelete
  2. bestnya ada ayah mcm ayah zarith, sy dh tak de ayah..klu dia ada mesti dia pun sibuk ms wedd anaknya nti..
    Sy pun tgh sibuk siapkan kad kahwin, bz skit tapi jimat sb kad buat sendiri..

    ReplyDelete
  3. Nana: hehehehehe.. tapi make sure kene pi beli dengan dialah ...

    Nona: its ok nana. Moga dia bahagia di sana. Alfatihah.... Jimat tuh buat sendiri. Duit boleh pegi ke benda lain

    ReplyDelete
  4. hai zarith, dijah kotak ade balance yang akak punye jugak, tapi kene tambah kotak, untuk doorgift tadi pun baru order :) kad pun tak siap lagi, ade another 2 month je ni, risau gak kan :)

    ReplyDelete
  5. wahh..lg 65 ari, syoknye. semoga semuanya berjalan lncar. linda pun still planning lagi nak bg ape doorgift nnti. xde idea la..by the way zarith perak area mane ye?

    ReplyDelete
  6. Dijah - samalah kita. Mari berdoa semuanya berjalab lancar..

    Linda - amin, semoga semuanya berjalan lancar. Saya duk area tambun. Dekat dengan lost worl of tambun tu. Linda?

    Awin - salam kenal awin....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...