Daisypath - Anniversary

Followers

Wednesday, October 10, 2012

Preparation#20: Prosedur HIV test di HKL

Pagi tadi selesai sudah ambil HIV test dekat HKL. So sebelum aku terlupa, aku nak cerita sikit prosedur HIV test dekat HKL ni. Make sure korang ambil borang kahwin kat negeri masing-masing dulu tau. Nanti terdapat satu borang HIV sekali.

1. Book dulu kat kaunter HIV test.(terletak dekat blok B bilik 31)
2. Datang pada tarikh yang sudah di book.
3. Pergi dekat Jabatan pesakit luar, ambil nombor.
4. Tunggu nombor anda dipanggil untuk daftar sebagai pesakit luar. Bayar RM1.
5. Staff akan bagi no giliran lain, boleh gerak ke tempat seperti yang tertera kat no giliran.
6. Tunggu lagi untuk dipanggil oleh doktor. Bagi dokumen kat doktor. Tak sampai 10 saat doktor bagi balik dokument tu
7. Pergi ke bilik 31 di blok B untuk ambil ujian darah. Dalam 15 saat selesai.
8. Tunggu diluar sehingga dipanggil untuk ambil result. (Tak sampai 10 minit pun)
9. Dah dapat result, pegi balik kat bilik doktor td bagi dokumen untuk disahkan dan tunggu kat luar. 
10. Tak sampai seminit, nama dipanggil, ambil balik dokumen.
11. Pergi semula ke bilik 31 di blok B. Bagi balik borang. Tunggu tak sampai seminit. Dapat balik borang. 
12. SELESAI.

Fuhhh....

Mudahnya.. Tapi tak paham kenapa perlu berulang-alik. Bukannya doktor tu tanya apa-apa pun.

Lagi satu yang tak berkenan, kitorang book appointment pukul 8 pagi. Jadi ingat tak perlulah beratur ambil no giliran. Sekali kena ambil jugak no giliran. Part ni yang paling lama sekali. Dalam 40 minit tunggu. Lepas tu semuanya sekejap je...

Anyway alhamdulillah HIV test selesai. 

Next!!!

Babai

7 comments:

  1. part ni org paling mls nk buat kan??

    ReplyDelete
  2. agaklah.. tapi itulah yang paling penting sekali

    ReplyDelete
  3. bestnya..syaz next week baru nak buat..nie semua gara2 lambat booking appointment..huhu

    ReplyDelete
  4. oo dh wat yer.. tahniah ...
    kite wat hiv test ritu spi jerit sbb tgh borak2 dgn pembantu klinik tu dia cocok .. haha..

    kite yg jerit dia plak yg melatah.. haha
    miss india lak tuu.. hihi.

    ReplyDelete
  5. syaz: semoga semuanya berjalan lancar.

    bintanghati: terkejut la ni ek dia cucuk. saya siap pandang tempat lain taknak tengok dia cucuk..

    ReplyDelete
  6. weee dah selesai. kita pun dah selesai. tinggal nak settlekan borang nikah :D

    ReplyDelete
  7. Zila: lega rasanya bila satu satu selesai kan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...