Daisypath - Anniversary

Followers

Wednesday, October 17, 2012

Cerita persiapan kahwin ke?

Lari topik sikit. Asyik asyik cerita pasal persiapan kahwin je.

Sebenarnya nak cerita pasal orang yang banyak membantu dalam persiapan kahwin ni. (eh, ni bukan cerita persiapan kahwin jugakkan? Pedulikan.)

Alkisahnya, sebenarnya, kenyataannya, tunang aku la yang banyak tolong dalam persiapan kahwin ni. Terutamanya part isi-isi borang dan berurusan dengan vendor.

Sebagai contohnya, borang permohonan untuk berkahwin. Tunanglah yang isi segala aku punya borang. Aku tak tengok pun borang tersebut. Semua dia isi. Aku paling malas nak isi-isi borangni. Selalu je aku jadi stress. Jadi encik tunanglah yang setelkan semuanya. Yang aku tahu, dah siap, aku pas ke ayah aku. Tak semak pun borang tu.

Lagi satu, semua vendor encik tunang yang uruskan kecuali vendor butik pengantin. Vendor butik pengantin aku yang uruskan.  Sebab dekat dengan rumah aku. Vendor lain seperti kad kahwin dan photographer, encik tunang yang uruskan. Bila cek dalam tepon, tengok tengok takde pun no tepon vendor vendor itu. Aiyak, lepas ni kena mintak kat encik tunang nombor nombor vendor itu. memanglah proses mencari vendor adalah bersama-sama. Tapi apabila dah dapat vendor, encok tunang uruskan semua pembayaran dan progress.

Ok, lepasni aku kena lebih bertanggungjawab untuk bersama-sama uruskan vendor ni.

Terima kasih encik tunang yang banyak membantu cik tunang ni. Cik tunang ni duk sibuk DIY je. Tak sedar vendor encik tunang uruskan. Tapi walaupun encik tunang yang uruskan, aku tetap tahu update progress nya. Ye la mana taknya aku yang jadi reminder kepada en tunang jadual progress vendor vendor tersebut. Mestilah aku tahukan.

p/s:sepatutnya kad kahwin siap esok. Tengah tunggu email dari vendor. Erk, bukan aku yang tungy email. Encik tunang yang tunggu email. hihihi... hopefully vendor menepati janji. Tapi kitorang boleh ambil kad hari sabtu. Sebab dua duanya kerj.

8 comments:

  1. bestnye cik zarithh en tunang awk nak buat sume tuh..en tunang sy tadenyee..kalau teha tak push..idak ler gerak nye..hahahah..;p

    ReplyDelete
  2. Alahaiii... Untungnya awak en.tunang yang settlekan semua hal. kalau mcm MHZ, perhhh... jangan harap. bila tanya itu ini semua tak tahu. yang dia tahu kerja, kerja, kerja. alahaiii..

    ReplyDelete
  3. bguslah mcm tu..masing2 ade tugas...tunang cik mah ikut je...jadi penenman setia...n kalau ade pape baru diskuss n bg cadangn masing2...

    ReplyDelete
  4. Teha: saya selalu remind kat encik tunang gak. Tapi dia ingat sendiri.

    Nana: Lelaki selalunya macam tu, yang dia tau benda tu dah setel tu je. Kadang kadang hiasan hantaran pun serah bulat bulat suruh family buat.

    Cik Mah: Oklah tu jadi peneman setia. Diskuss tu sudah semestinya. Karang kalau buat keputusan sorang sorang, ada pulak orang merajuk tu... :-)

    ReplyDelete
  5. untungnya zarith.. =) lepas ni kena simpan no vendor.. incase ada emergency.. =) nanti nak tgk kad kawin..

    ReplyDelete
  6. first time dgr lelaki yg byk uruskan hal2 kawen..heeee :D

    ReplyDelete
  7. hahah.. sama laaa. 1st time dgr laki yg wat isi2 borang ni..
    untong lorrr..
    semua borang sumenye kite yg uiruskan sbb kite ni jenis x yakin dgn dia.. lg pun dia bkn kje opis yg blh ngadap pc n online.. so, sy la yg kne wat segala..
    tp semua hal dia akn amik kisah laa..
    bkn hrp kite sorang...
    dia lak jenis nk tau setiap kptsan n cdngan yg kite wat ...

    ReplyDelete
  8. Shizan: kad kahwin dah dapat! Nanti saya share. Tu la pasal kena simpan no vendor takut apa apa emergency..

    Cik Saila: kan..selaluperempuan yang bz mengurus

    Bintanghati: biasalah tu perempuan, suka wat sendiri. Saya pun ada perasaan tak yakin jugak. Tapi saya selalu remind die n discuss bersama sama

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...