Daisypath - Anniversary

Followers

Tuesday, September 25, 2012

Wedding Preparation#6 - Warna Tema

Sementara nak tunggu kad siap, aku nak cerita sikitlah pasal warna tema kenduri aku nanti. Hanya ada dua majlis yang akan dilangsungkan iaitu majlis pernikahan dan majlis resepsi sebelah perempuan. Majlis resepsi sebelah lelaki insyaallah akan diadakan pada tahun hadapan yang tarikhnya masih belum ditentukan lagi. Jadi hanya ada dua sahaja warna tema.

Majlis Pernikahan

Lokasi majlis pernikahan belum ditentukan lagi samada di masjid atau di rumah. Ini semua bergantung kepada tok kadi. Jadi untuk memudahkan, saya memilih warna soft-yellow-seakan-akan-keemasan + kelabu/silver untuk majlis pernikahan saya. In case majlis akan diadakan di rumah, sudah tiada masalah warna tidak sesuai.

Suppose warna kuning tu light yellow

Majlis Persandingan

Lokasi majlis persandingan adalah di rumah. Boleh terpikir ambil warna tema ini adalah setelah bersiar-siar di ria moda saja-saja tengok kain lace. Tiba-tiba berkenan pula dengan warna hijau mint+peach. Warna pastel gitu. Terus masa tu jugak decide warna tema. Bila warna tema warna pastel ni, dah timbul masalah pula dengan warna pelamin. Kakak butik cadang kan warna gold+kunig+hijau yang aku rasa tak masuk langsung. Untuk nikah, warna tu memang dah sesuai. Tetapi untuk sanding? No, no, no! Tak masuk langsung. Setelah difikir dan dikaji, kami decide warna pelamin warna kelabu/ silver. Warna universal. Senang, untuk dua-dua majlis pun dah padan.

Peach and mint green... lovely kan?
Tengoklah nanti hasil di hari berlangsungnya. Hopefully stick dengan warna silver/kelabu tersebut.


5 comments:

  1. Yeahhh..peach n mint green very the cantik..hee...sgt sukeeee!..

    ReplyDelete
  2. dear...sy rasa baju u dah color, better pelamin warna yang plain dan soft mcm beige, white, flower pun warna cream/white dan soft peach. Jangan byk sangat color...actually sy suka color ni..tapi sy dh pilih pink :)

    ReplyDelete
  3. Teha: kan cantikkan warna tu.

    Nona: i thought so jugak. Tapi my tunang tak berkenan warna ala ala krim, putih ni.. by the way i will consider that color masa jumpa vendor nanti... thanks

    ReplyDelete
  4. alamakk theme kaler sanding awak sama dgn theme kaler nikah kita! peach and green memang cantik kan :D

    ReplyDelete
  5. Hai zila...
    Ramai jugak tema warna ni ye... yeay!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...