Daisypath - Anniversary

Followers

Wednesday, September 19, 2012

Wedding Preparation #4: Of colour conflict



I need help.  Mengalami masalah untuk memilih warna pelamin. Ceritanya bergini:

Baju bersanding adalah berwarna peach+ hijau mint. Tetapi tunang, emak, puan butik pilih warna pelamin gold+kuning+hijau tak berapa nak PAS. Sesuai ke warna pelamin tu? Rasa dah macam caca marba dah. I prefer to go with purple. But they were not agree with me. Lagi caca marba diorang kata. Then finally I choose warna putih+cream. Tunang pula tak bagi kata putus. Tetapi dia hint macam taknak warna tersebut. Saya pun dengan mood merajuk entah apa-apa. Takpala ambil jela warna tu kalau nak. Rasanya warna apa yang sesuai supaya tidak nampak caca marba.

The exact colour for my wedding dress

A little bit of wedding preparation update.

1.       Kad Kahwin
       Semalam baru dapat final artwork for kad kahwin. Ada a few yang kena betulkan such as map dan nama salah eja. Berurusan melalui email sahaja. Lepas buat pembetulan, hanya perlu email balik kepada vendor. Printing would take about two to three weeks working day after we approve the art design.

2.       Butik
Pelamin, baju nikah, baju sanding dan make up semuanya ambil dari butik yang sama. Baju nikah dan baju sanding akan dijahit oleh si pemilik butik. Minggu lepas baru finalized design baju sanding. Hopefully dia dapat jahit seperti yang saya nak. Cuma isu pelamin itulah.  I still thinking the color is not matching. Other than that, semuanya perfect.

3.       Barang hantaran
Barang hantaran lelaki semua sudah ada. Cuma yang perempuannya sahaja tak cukup lagi. Maklumlah rambang mata. Sekejap nak, sekejap taknak. Haish, seriously I cannot decide what I want. But guess what, bekas hantaran untuk pihak lelaki 50% siap. Yang 50% tak siap tu sebab tak letak bunga dan barang hantaran je lagi. Ye, saya memang suka buat kerja kreatif ni. Awal-awal dah siap. Tapi make sure kena simpan proper lah, takut berhabuk je.

4.       Borang-borang
      Sudah ambil borang kedua-dua pihak. HIV test will be on 9 Oktober at HKL. Dapat info hanya di situ dapat result on the spot. Hopefully this borang-borang thingy ni boleh settle smoothly. SEBAB, saya tak suka isi borang. Nanti jadi stress. Huhuhuhuhu.

5.       Makanan, khemah, DJ, door gift, bunga telur semuanya keluarga saya akan uruskan. Selesai masalah disitu.
Tinggal lagi dua bulan setengah sebelum majlis. Dan tak tahu kenapa preparation takdalah sibuk mana. Ermm… betullah mungkin saya ni last minit person kot. Masih tak terasa the heat of being bridezilla. Hahaha. Till then

2 comments:

  1. eh! same La kite. wake up! wake up!

    hehehehehehe

    ReplyDelete
  2. bahagian mana yang sama tu? Last minit jugak ke. hikhikhik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...