Daisypath - Anniversary

Followers

Thursday, September 27, 2012

Diet#2: Supplement - Lecithin

AMBIL PERHATIAN, ENTRI INI ADALAH AGAK PANJANG DAN MENGGUNAKAN TERMA-TERMA SAINS YANG MUNGKIN TIDAK DIFAHAMI OLEH SESETENGAH ORANG. UNTUK KESIMPULAN MENGENAI POST INI, SILA TUNGGU ENTRI TERAKHIR TENTANG LECITHIN INI

Apa pulak lecithin ni? Dan apa pulak kaitannya dengan nak kurus? Sebenarnya aku pernah makan supplement ni masa 2009. Tapi tak disiplin, jadi tak nampak hasilnya. Selalunya sebelum aku ambil apa-apa supplement, aku akan buat sikit googling a.k.a research untuk mengetahui lebih details supplement tersebut.

Oklah, serba sedikit tentang lecithin ni.

INFO
Lecithin ni adalah campuran phospholipids iaitu molekul lemak yang wujud secara semulajadi yang dapat dihasilkan hasil pemprosesan kacang soya (note: boleh juga didapati dari kuning telur dan sumber lain). Lagi sumber tentang komposisi kimia lecithin ini boleh didapati di wikipedia. Nak translatekan ke bahasa melayu agak susah di sini.

Lecithin ni menjadi ejen emulsifier yang memecahkan kolestrol dan other lipids dengan membantu lemak bercampur dengan air dan cecair badan untuk memudahkan pembuangan daripada badan. Jadi jika takde lecithin dalam badan, membran dalam badan kita akan mengeras dan sel mati.

KEGUNAAN
1. bertindak sebagai emulsifier dalam makanan seperti mentega, peanut butter. Fungsinya supaya makanan itu melekatdan tidak cair.
2. Digunakan dalam cat untuk memekatkan cat.
3. Digunakan untuk kesihatan badan.

(Ada banyak lagi kegunaannya tapi aku lupa)

Jadi sekarang straight to the point kelebihan lecithin dalam kesihatan kita

KELEBIHAN LECITHIN UNTUK KESIHATAN

Kesihatan Hati
1. Lecithin meningkatkan paras choline dalam hati yang penting untuk meningkatkan keberkesanan enzim dalam memecahkan kolagen
2. Choline ni akan mengemulsify dan memecahkan lemak dan seterusnya boleh meng'flush out'kan lemak dan toksin dari hati kita
3. Jadi, dapat mencegah 'fatty liver disease'

Kesihatan Sistem Kardiovaskular
1. Dekat info tadi ada cerita yang lecithin ni membantu membuang lemak, jadi ini membantu menghalang ch olestrol/fat (notsure thecorrect term here) build-up di dinding arteri.
2. kalau arterti tu dah tersumbat dengan cholestrol/fat, itulah yang menyebabkan sakit jantung tu. Darah takleh jalan.
3. Jadi lecithin ni bagus untuk mencegah atherosclerosis. Bahasa kampungnya adalah sakit jantung.

Kesihatan Otak
1. Tadi ada cerita pasal choline kan? Choline ni akan menghasilkan acetylcholine yang penting untuk fungsi otak. Haaa.... kan kalau tengok iklan susu baby, mesti ada cakap pasal kandungan choline atau dalam bahasa melayunya kolina tak silap. Klu tak percaya cuba tengok iklan susu baby ok?
2. Jadi lecithin ni digunakan dalam rawatan Alzheimer's, bipolar disorder dan dementia (semua penyakit ni berkaitan dengan hilang ingatan dan pelupa). Betulkan kalau saya salah.

Kesihatan gallbladder (pundi hempedu i guess)
1. Gallstone a.k.a batu karang terbentuk dalam gallbladder dimana hempedu disimpan dan dilepaskan ke usus untuk membantu proses pencernaan
2. Jika dalam badan kita ada banyak sangat kolestrol, gallstone ni boleh ter'crystallize' menjadi batu (inilah penyakit batu karang).
3. Jadi lecithin ni merupakan komponen utama hempedu yang membantu memecahkan lemak dengan membenarkannya bercampur dengan air dan seterusnya boleh disngkirkan terus dari badan. Iaitu dengan membuang air kecil.

Kelebihan lain
1. Meningkatkan penghasilan simen bagi lelaki.

Punya panjang penjelasan. Tapi dari semua penjelasan tu, semuanya ada pasal pecah lemak. Jadi bila pecah lemak, dan lemak disingkirkan dari badan, kompemlah boleh kuruskan? kan? kan?

Aku baru nak start balik makan lecithin ni, aku akan update progress bila aku RAJIN. Hahahaha.

Next entri: Aku akan cerita side effect atau keburukan lecithin ni. Aku spesifikkan untuk soy lecithin. Dan cara untuk memilih produk lecitihin yang betul.

p/s: Maaf jika ada terma-terma medical dan kimia yang tersalah

p/s lagi: Sebenarnya ada saintifik argument untuk setiap kelebihan lecithin ni, ada kata betul ada kata takda prove. Itu korang boleh search sendiri la kat google. Biasala bila saintis ni, dia mestila nak bukti kukuh.  Ada uji kaji yang diorang buat, confirm lecithin ni bagus untuk certain subject (i.e alzheimer, ect). Ntahla aku pun pening dengan saintis ni lah. Tapi yang penting lecithin ni approve by FDA untuk dijadikan supplement for daily intake.

p/s lagi dan lagi: panjang sangat ke entry aku ni?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...