Daisypath - Anniversary

Followers

Thursday, September 27, 2012

Diet#1 : Jus Detoks


ehem ehem.... aku kene diet dowh. Mak aku dah komplen:

"Apasal tembam sangat sekarang ni?"

"Nanti nak kahwin nanti tak cantik nanti"

"Cubalah diet sikit"

Erk.... kalau mak aku dah cakap camtu, terpaksala aku diet. Die siap bagi kebenaran pegi slimming centre (note: kat grouponkan banyak offer). Tapi itu akan dipertimbangkanlah. Tapi bear in mind, pergi slimming centre ni hanya mempercepatkan proses penurunan inci dan berat badan sahaja. Jika tabiat sendiri tak diubah, tak berguna pergi slimming centre pun. Percayalah.

Tapi memang serius, sejak bercinta, berat badan aku naik mendadak hampir 10kg dalam masa 8 bulan. Adakah itu tanda aku tengah bahagia sangat? Betullah juga. Bahagia bercinta sampai tabiat makan pun berubah (nota: dulu jarang makan luar, tapi sekarang selalu makan luar).

Makanya aku berusaha untuk menurunkan berat badan. Lagi dua bulan majlis, tak taulah sempat atau tidak. Jadi apa usaha aku? Sebelum nak meneruskan niat berdiet. Badan perlu bersih dari segala macam toksin, supaya sistem penyerapan nutrient dalm sistem pencernaan dapat berfungsi dengan lancar. Aku pilih untuk detoks scara semulajadi.

Resepi detoks ini aku dapat dari seorang ahli nutrisi.

Bahan-bahannya:
1. Dua biji buah belimbing
2. 1/4 buah lemon
3. 2 biji epal hijau/merah
4. 2 biji kiwi
5. 0.8-1 liter air kosong

Cara penyediaan:
1. Potong buah-buahan tersebut (sekadar muat untuk dikisar nanti)
2. Masukkan dalam pengisar
3. Tuang 0.8-1 liter airI
4. Kisar buah-buahan tersebut.
5. Sedia untuk diminum (note: kalau tak mampu nak teguk, suap guna sudu)

Jus ni boleh membantu untuk:
1. Mengurangkan sembelit
2. Detoks badan

Gantikan salah satu hidangan dengan jus ini hari-hari. Jika tak mampu, 2 kali seminggu pun boleh.

Untuk seterusnya, tunggu entri seterusnya ye...

p/s: sebenarnya resepi ni aku recall dari personal blog aku. buka balik, sebab tak ingat resepinya...

Selamat mencuba!


6 comments:

  1. Wahh... B2B ramai yang nak turunkan berat badan. Nana ni berat makin turun je. Ada tak makanan supplement utk naik kan berat badan?

    Ini serious. Menangis tengok timbang tu. ^^

    ReplyDelete
  2. Erk... ntah. Kene makan banyakla ni. Saya pun taktau. Apa kata try makan B complex

    ReplyDelete
  3. nak kurus kan badan gakkkkkk..huuuuuu~~

    ReplyDelete
  4. errr...sedap tak rasa benda2 ni lepas di blend?

    interested tp mcm takut pulak dgn rasa yg bkl terjadi..hihi

    ReplyDelete
  5. Erk.... rasanya rasanya... rasa buah... masam masam. Depend whether nak tapis serat or not. Saya minum dengan serat serat sekali. Tapi suap dengan sudu. Hihihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...