Daisypath - Anniversary

Followers

Saturday, September 29, 2012

Wedding Preparation#11: Pengapit

Hari ini dengan gembiranya aku dan bakal pengapit berjalan-jalan di Masjid Jamek iaitu tempat yang paling bahaya sekali bagi. Misi adalah untuk mencari baju pengapit dan usha-usha trend fesyen semasa.

Akhirnya pengapit ku dapat baju yang diidamkan. Aku puas hati dan dia pun puas hati. Eh, aku tak belanja baju pengapit untuk dia. Duit dia sendiri. Aku cuma belanja ais blended lori je untuk dia. Ye, benda wajib beli jika berjalan-jalan di masjid jamek.

Kononnya nak usha-usah trend fesyen semasa je kan. Takda maknanya. Hangus jugak duit aku tergoda dengan segala macam yang ada kat situ. (Kan dah cakap, tempat ini tempat yang paling bahaya sekali).

Abaikan...

Sedikit sebanyak tentang pengapit aku ni. Dia kawan baik aku sejak sekolah menengah sampailah sekarang. Selalu la dia lepak umah aku dan ikut aku balik kampung sekali. Jadi, takde calon lain untuk jadi pengapit aku. Hanya dia sorang. Takdalah pening kepala nak cari.

Cuma pengapit lelakinya belum ditetapkan oleh tunang. Dia cakap, sapa-sapa pun boleh. Adik ipar dia ramai. So, aku consider settle. Boleh tak macam tu.

Tu je nak cerita...

Till then...

Give Away : Wangi & Happy Macam Akiff

Gila GA pulakkan... Sesiapa nak menang perfume, sila klik gambar di bawah.


Antara perfume yang aku suka:

My favorite brand for perfume. Suka semua perfume Estee Lauder

Be elegant. Tak pernah pakai tapi pernah bau. Wangi gak =)


Nyum nyum, rasa nak makan je..
Jomlah join. Mana tau leh menang favorite perfume. 

Tarikh tutup 5 Oktober 2012 tau

p/s: mentang-mentang esok cutikan. Asek mengupdate blog dan menjoin contest je kejenya. Wedding update? nan hado. 

Mode: Tengah pikir idea-idea wedding =)

Friday, September 28, 2012

Segmen: Tangkap Follower Sebanyak Mungkin

Jom join segmen ni. Sila klik gambar dibawah untuk join

http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/2012/09/segmen-tangkap-follower-sebanyak-mungkin.html

Follower aku banyak ni sahaja. Hopefully bertambahlah. Erk, update blog pun jarang, ada hati nak follower banyak. Takpe takpe, jarang-jarang pun lama-lama jadi bukit kan?


Aku nak jemput kawan-kawan blogger untuk join skali segment ni


dan


Silalah join ok.

Ada hadiah tau dari  empunya blog...

Wedding Preparation#10: Cash deposit to vendors

Today, I had pay deposit to vendors. Banyak jugak abis arini.

PHOTOGRAPHER
Photografer required us to deposit 40% of package price. Done deposit it today. Yeay! Tapi before majlis kene jumpa lagi sekali photographer untuk confirm konsep gambar nanti. Suppose we got free pre-wedding shoot. Tapi macam sekarang tengah bz a.k.a tak sempat nak balik kampung. Makanya planning nak tuka kepada post-wedding. Photographer tu pun tak kisah.

KAD KAHWIN
Kad kahwin lagi. Yep, kena deposit 50% of package price to procede with printing. Kalau tak, naya tak siap kad kahwin i nanti. This vendor selalu bagi aku sakit kepala. Kene monitor closely vendor yang ni. Hopfully semua berjalan dengan lancarnya.

LAIN-LAIN
Yeay! Esok sabtu and planning esok adalah untuk mencari baju untuk pengapit @ Masjid Jamek. Tempat yang paling bahaya sekali untuk kocek ku.

P/S: Tadi mak kol, cakap kain untuk jahit baju melayu adik aku tak muat. :-(. Beli untuk dia 5 meter je ( atas nasihat jurujual). Sekali bila hantar tailor, tailor cakap budak comel sorangni kene 7 meter. erk..... Terpaksa beli kain lain. Taktaula boleh dapat macam harga haritu atau tidak.

Diet#3: Supplement - Lecithin part 2 - the side effects

Sambungan tentang lecithin. last time aku cerita tentang kebaikan lecithin ni kan? Kali ni aku nak cerita kesan-kesan sampingan lecithin ni.

Pertama sekali, sesiapa yang alergik kepada soy product, tak boleh ambil supplement ni. Aku tak alergik, tapi aku tak suka minum soya. Rasanya tak sedap.

Kesan Sampingan Soy Lecithin

1. Masalah penghadaman seperti diarrhea
2.Perubahan berat badan (offcourse lahkan?)
3.Tak lalu makan
4.Pening, muntah, pitam dan confusion
5.Tekanan darah rendah (ni nak tau senang je, klu korang tengah duduk tetiba korang terus bangun and rasa nak pitam, itu tandanya tekanan darah rendah)
6. Blurred vision

Teruknya kesan sampingannya... TAPI.....

Kesemua kesan sampingan itu adalah disebabkan oleh pestisid dan bahan kimia yang terdapat dalam tanaman soya tu. Yela sekarang ni kan tanaman semuanya disembur dengan racun serangga dan macam macam lagi. Jika tak diproses dengan sempurna, masih melekatla sisa racun itu.

Entry seterusnya, macamana untuk pilih product lecithin yang betul...

Till then...

Thursday, September 27, 2012

Wedding Preparation#9: Oh Kad Kahwin Ku

Gembira! Yeay! Yeay!


Tadi dah dapat email dari vendor kad kahwin. Yeay, setelah semak butiran dalam kad kahwin, semuanya adalah betul! Akhirnya setelah 'wayang je lebih', kad kahwin ku sudah boleh procede untuk dicetak.

Berharap aku boleh dapat kad kahwin sebelum raya haji. Vendor kata, untuk proses cetak, masa yang diambil adalah 14hari waktu bekerja.

Esok akan bayar half of the payment. Then baru diorang boleh procede dengan printing.

Lets hope for the best!

Diet#2: Supplement - Lecithin

AMBIL PERHATIAN, ENTRI INI ADALAH AGAK PANJANG DAN MENGGUNAKAN TERMA-TERMA SAINS YANG MUNGKIN TIDAK DIFAHAMI OLEH SESETENGAH ORANG. UNTUK KESIMPULAN MENGENAI POST INI, SILA TUNGGU ENTRI TERAKHIR TENTANG LECITHIN INI

Apa pulak lecithin ni? Dan apa pulak kaitannya dengan nak kurus? Sebenarnya aku pernah makan supplement ni masa 2009. Tapi tak disiplin, jadi tak nampak hasilnya. Selalunya sebelum aku ambil apa-apa supplement, aku akan buat sikit googling a.k.a research untuk mengetahui lebih details supplement tersebut.

Oklah, serba sedikit tentang lecithin ni.

INFO
Lecithin ni adalah campuran phospholipids iaitu molekul lemak yang wujud secara semulajadi yang dapat dihasilkan hasil pemprosesan kacang soya (note: boleh juga didapati dari kuning telur dan sumber lain). Lagi sumber tentang komposisi kimia lecithin ini boleh didapati di wikipedia. Nak translatekan ke bahasa melayu agak susah di sini.

Lecithin ni menjadi ejen emulsifier yang memecahkan kolestrol dan other lipids dengan membantu lemak bercampur dengan air dan cecair badan untuk memudahkan pembuangan daripada badan. Jadi jika takde lecithin dalam badan, membran dalam badan kita akan mengeras dan sel mati.

KEGUNAAN
1. bertindak sebagai emulsifier dalam makanan seperti mentega, peanut butter. Fungsinya supaya makanan itu melekatdan tidak cair.
2. Digunakan dalam cat untuk memekatkan cat.
3. Digunakan untuk kesihatan badan.

(Ada banyak lagi kegunaannya tapi aku lupa)

Jadi sekarang straight to the point kelebihan lecithin dalam kesihatan kita

KELEBIHAN LECITHIN UNTUK KESIHATAN

Kesihatan Hati
1. Lecithin meningkatkan paras choline dalam hati yang penting untuk meningkatkan keberkesanan enzim dalam memecahkan kolagen
2. Choline ni akan mengemulsify dan memecahkan lemak dan seterusnya boleh meng'flush out'kan lemak dan toksin dari hati kita
3. Jadi, dapat mencegah 'fatty liver disease'

Kesihatan Sistem Kardiovaskular
1. Dekat info tadi ada cerita yang lecithin ni membantu membuang lemak, jadi ini membantu menghalang ch olestrol/fat (notsure thecorrect term here) build-up di dinding arteri.
2. kalau arterti tu dah tersumbat dengan cholestrol/fat, itulah yang menyebabkan sakit jantung tu. Darah takleh jalan.
3. Jadi lecithin ni bagus untuk mencegah atherosclerosis. Bahasa kampungnya adalah sakit jantung.

Kesihatan Otak
1. Tadi ada cerita pasal choline kan? Choline ni akan menghasilkan acetylcholine yang penting untuk fungsi otak. Haaa.... kan kalau tengok iklan susu baby, mesti ada cakap pasal kandungan choline atau dalam bahasa melayunya kolina tak silap. Klu tak percaya cuba tengok iklan susu baby ok?
2. Jadi lecithin ni digunakan dalam rawatan Alzheimer's, bipolar disorder dan dementia (semua penyakit ni berkaitan dengan hilang ingatan dan pelupa). Betulkan kalau saya salah.

Kesihatan gallbladder (pundi hempedu i guess)
1. Gallstone a.k.a batu karang terbentuk dalam gallbladder dimana hempedu disimpan dan dilepaskan ke usus untuk membantu proses pencernaan
2. Jika dalam badan kita ada banyak sangat kolestrol, gallstone ni boleh ter'crystallize' menjadi batu (inilah penyakit batu karang).
3. Jadi lecithin ni merupakan komponen utama hempedu yang membantu memecahkan lemak dengan membenarkannya bercampur dengan air dan seterusnya boleh disngkirkan terus dari badan. Iaitu dengan membuang air kecil.

Kelebihan lain
1. Meningkatkan penghasilan simen bagi lelaki.

Punya panjang penjelasan. Tapi dari semua penjelasan tu, semuanya ada pasal pecah lemak. Jadi bila pecah lemak, dan lemak disingkirkan dari badan, kompemlah boleh kuruskan? kan? kan?

Aku baru nak start balik makan lecithin ni, aku akan update progress bila aku RAJIN. Hahahaha.

Next entri: Aku akan cerita side effect atau keburukan lecithin ni. Aku spesifikkan untuk soy lecithin. Dan cara untuk memilih produk lecitihin yang betul.

p/s: Maaf jika ada terma-terma medical dan kimia yang tersalah

p/s lagi: Sebenarnya ada saintifik argument untuk setiap kelebihan lecithin ni, ada kata betul ada kata takda prove. Itu korang boleh search sendiri la kat google. Biasala bila saintis ni, dia mestila nak bukti kukuh.  Ada uji kaji yang diorang buat, confirm lecithin ni bagus untuk certain subject (i.e alzheimer, ect). Ntahla aku pun pening dengan saintis ni lah. Tapi yang penting lecithin ni approve by FDA untuk dijadikan supplement for daily intake.

p/s lagi dan lagi: panjang sangat ke entry aku ni?

Diet#1 : Jus Detoks


ehem ehem.... aku kene diet dowh. Mak aku dah komplen:

"Apasal tembam sangat sekarang ni?"

"Nanti nak kahwin nanti tak cantik nanti"

"Cubalah diet sikit"

Erk.... kalau mak aku dah cakap camtu, terpaksala aku diet. Die siap bagi kebenaran pegi slimming centre (note: kat grouponkan banyak offer). Tapi itu akan dipertimbangkanlah. Tapi bear in mind, pergi slimming centre ni hanya mempercepatkan proses penurunan inci dan berat badan sahaja. Jika tabiat sendiri tak diubah, tak berguna pergi slimming centre pun. Percayalah.

Tapi memang serius, sejak bercinta, berat badan aku naik mendadak hampir 10kg dalam masa 8 bulan. Adakah itu tanda aku tengah bahagia sangat? Betullah juga. Bahagia bercinta sampai tabiat makan pun berubah (nota: dulu jarang makan luar, tapi sekarang selalu makan luar).

Makanya aku berusaha untuk menurunkan berat badan. Lagi dua bulan majlis, tak taulah sempat atau tidak. Jadi apa usaha aku? Sebelum nak meneruskan niat berdiet. Badan perlu bersih dari segala macam toksin, supaya sistem penyerapan nutrient dalm sistem pencernaan dapat berfungsi dengan lancar. Aku pilih untuk detoks scara semulajadi.

Resepi detoks ini aku dapat dari seorang ahli nutrisi.

Bahan-bahannya:
1. Dua biji buah belimbing
2. 1/4 buah lemon
3. 2 biji epal hijau/merah
4. 2 biji kiwi
5. 0.8-1 liter air kosong

Cara penyediaan:
1. Potong buah-buahan tersebut (sekadar muat untuk dikisar nanti)
2. Masukkan dalam pengisar
3. Tuang 0.8-1 liter airI
4. Kisar buah-buahan tersebut.
5. Sedia untuk diminum (note: kalau tak mampu nak teguk, suap guna sudu)

Jus ni boleh membantu untuk:
1. Mengurangkan sembelit
2. Detoks badan

Gantikan salah satu hidangan dengan jus ini hari-hari. Jika tak mampu, 2 kali seminggu pun boleh.

Untuk seterusnya, tunggu entri seterusnya ye...

p/s: sebenarnya resepi ni aku recall dari personal blog aku. buka balik, sebab tak ingat resepinya...

Selamat mencuba!


Wednesday, September 26, 2012

Wedding Preparation#8: MUA

Yep... MUA. Siapa yang akan mekapkan aku masa aku kawin nanti? Tengok gambar sikit...

Cantik tak? Picture credit to NawalPhoto

Ini kakak aku. Cantikkan mekap dia. Disebabkan mekapnya cantik, aku pun pilih dia as my MUA. Rupanya MUA ni dulu dia duduk belakang rumah opah aku. Sebab tu masa dia mekap kakak aku kawin, dia macam kenal je mak dan mak-mak sedara aku. MUA ni pun termasuk dalam pakej butik pengantin yang aku ambil. Akan mekapkan aku masa majlis nikah dan sanding.

Wedding Preparation#7: Bagai menunggu buah yang tak gugur

Buah apa yang tak gugur gugur tu? Haish... Sebenarnya aku duk risau pasal kad kahwin ni. Masih menunggu email dari vendor yang tak kunjung tiba. Entahla, rasa stress je pasal hal kad ni. Doakan semuanya berjalan lancar.

Harini tinggal 73 hari lagi sebelum majlis. Progress? erkk..... Semuanya pending. Tunggu kene balik kampung dulu baru progress berjalan kembali. Hopefully balik Ipoh nanti boleh settle pasal khemah, homestay, kompang, marhaban dan DJ. Semua benda ni tak di book lagi sebab ayah yang nak uruskan sebenarnya. Tapi jadi ayah saya, semuanya dia cakap lambat lagi. Ha mana tak perangai "last minit" tu boleh turun kat anak dia yang sorang ni. Ayahnya pun sama perangai rupanya dengan anak dia ni.

Tak kira by skru or by spanar, semua benda ni kena setel by 1st week of Oktober.

p/s: ada kawan kat ofis tengah mencari pengganti nak g Mahakam next week. Erk, saya ada kerja di ofis. Kalau tak, sayalah orang first yang nak pegi. (Tapi sebenarnya aku stress pasal kad itu, jadi malas nak outstation seminggu... huhuhu)

Tuesday, September 25, 2012

Wedding Preparation#6 - Warna Tema

Sementara nak tunggu kad siap, aku nak cerita sikitlah pasal warna tema kenduri aku nanti. Hanya ada dua majlis yang akan dilangsungkan iaitu majlis pernikahan dan majlis resepsi sebelah perempuan. Majlis resepsi sebelah lelaki insyaallah akan diadakan pada tahun hadapan yang tarikhnya masih belum ditentukan lagi. Jadi hanya ada dua sahaja warna tema.

Majlis Pernikahan

Lokasi majlis pernikahan belum ditentukan lagi samada di masjid atau di rumah. Ini semua bergantung kepada tok kadi. Jadi untuk memudahkan, saya memilih warna soft-yellow-seakan-akan-keemasan + kelabu/silver untuk majlis pernikahan saya. In case majlis akan diadakan di rumah, sudah tiada masalah warna tidak sesuai.

Suppose warna kuning tu light yellow

Majlis Persandingan

Lokasi majlis persandingan adalah di rumah. Boleh terpikir ambil warna tema ini adalah setelah bersiar-siar di ria moda saja-saja tengok kain lace. Tiba-tiba berkenan pula dengan warna hijau mint+peach. Warna pastel gitu. Terus masa tu jugak decide warna tema. Bila warna tema warna pastel ni, dah timbul masalah pula dengan warna pelamin. Kakak butik cadang kan warna gold+kunig+hijau yang aku rasa tak masuk langsung. Untuk nikah, warna tu memang dah sesuai. Tetapi untuk sanding? No, no, no! Tak masuk langsung. Setelah difikir dan dikaji, kami decide warna pelamin warna kelabu/ silver. Warna universal. Senang, untuk dua-dua majlis pun dah padan.

Peach and mint green... lovely kan?
Tengoklah nanti hasil di hari berlangsungnya. Hopefully stick dengan warna silver/kelabu tersebut.


Make-up Organizer


Kawan-kawan kat ofis aku tengah menggila order benda alah ni. Apa benda ni? Ini adalah bekas untuk menyimpan segala macam alat-alat make-up yang kamu ada. Baru nampak tersusun sikit simpan semuanya dalam ni. Ada macam-macam design sebenarnya benda alah ni. Tapi aku baru order sebijik macam dalam gambar ni. 

Tak sabar nak dapat make-up organizer ni. Walaupun alat make-up tak banyak. Daripada terperuk dalam beg make-up. Nak cari eye liner pun susah kadang-kadang sebab terperuk kat bawah skali dalam beg tu. Once dah dapat benda alah ni, i'll share with you all/

Monday, September 24, 2012

Dream Veil Contest V2.0


Salam semua,

Marilah join contest by AdRia Cottage sempena penubuhan AdRia Ccottage FB fanpage. Aku pun baru pertama kali nak join contest sebegini.


Jadi, apa perlu kamu lakukan untuk layak menyertai contest ini. Syarat-syaratnya adalah:


  • Terbuka kepada bride to be  Disember 2012 – Disember 2013 sahaja. - Nasib baik aku lepas. 






    1. Cik Diyana
    2. Cik Orked dan violet 
  • Post 1 picture veil idaman anda and describe it in 2 words. - Done

Simple and elegant 
Itu yang saya mahu. Muka sengaja diblurkan untuk menghilightkan veil itu. =). Gambar ni dari B2B blogger jugak. Klik sini untuk ke blognya.

  • Dan akhir sekali tinggalkan link blog anda pada komen di bawah blogpost contest ini. - Done


Itu sahaja yang kamu perlu lakukan untuk  layak join contest ini.

Eh, yang takde blog pun boleh join. Just email fainie (pemilik AdRia Cottage) di fainie_riz@yahoo.com

Tarikh tutup contest ini ialah 26 Oct 2012.

Apa hadiahnya? 

Jeng jeng jeng!!!

Nama contest ni pun Dream Veil Contest V2.0. Tentulah hadiah tempat pertamanya adalah  1 exclusive veil  as per your request. 

Ada pula harga kedua tau iaitu hadiah misteri dari AdRia Cottage (katanya Wedding Stuff jugak)

Ok itu sahaja. Excited sebab 1st time join contest macamni.

Wedding Preparation#5: Kad Kahwin yang tak selesai lagi

Harini dapat email dari vendor kad kahwin. Ingatkan takde apa yang salah lagi. Bila cek, ada lagi yang salah. Masa majlis dia tak betulkan. Sepatutnya waktu majlis dari pukul 11.30 pagi - 3.00 petang. Tapi dia letak 11.30 pagi- 4.00 petang. Padahal terang-terang haritu suruh betulkan masa majlis. Designer ni lalok kot. Eh eh, takleh cakap macamtu. Nanti tak siap kad aku naya je. huhhhhu.

Harap-harap tak salah dah lepas ni. Bukan apa,selagi kad kahwin tak siap, selagi tu benda lain nak buat tak semangat. Sebabnya, dengan kad kawin tu jugaklah aku akan dapat box goodie bag. Bila dah dapat box goodie bag, baru boleh pikir nak bagi gooder apa kat para jemputan. Aiyak...

Doakanlah semuanya berjalan lancar. Amin.

p/s: Semalam dah selesai beli barang hantaran yang terakhir which is my favorite perfume.Yeay 90% selesai perihal hantaran. Yang tinggal hanya sirih junjung dan satu barang makanan sahaja.

p/s lagi: Semalam berjalan-jalan di Jusco Wangsa Maju untuk mencari kasut kawin, ada 1-2 yang berkenan di hati. Tapi masih lagi mencari kasut yang lebih berkenan di hati. Dekat mana lagi ek yang boleh survey kasut cantik-cantik?

Sunday, September 23, 2012

Baju Keluarga

Tak terlintas pun nak beli kain untuk buat baju untuk keluarga. Tapi entah macamana duk jalan-jalan kat kedai kain, tetiba on da spot nak beli kain untuk keluarga. Hasilnnya dapat lah kain satin yang cantik dan sedap dipakai Ria Moda Ipoh. Harganya? Taktaula murah ke mahal untuk satin jenis tu. Tapi harga masih masuk akal

Warna? Warna hijau petronas. Kain je la yang aku sponsor. Tempah jahit, sendirian berhad... hehehe. Seb baik kat tempat aku ade tempat jahit baju melayu yang murah. RM65 je sepasang.

Jadi, baju family settle sudah. Aksesori lain sendirian berhad jugak k.

Friday, September 21, 2012

Too many of good shoes

Jika diberi pilihan antaran beg tangan dan kasut. Sudah tentunya aku pilih kasut. Ya, aku suka kasut. Teruja tengok design kasut kahwin yang cantik-cantik. Hari minggu ini adalah hari memburu kasut kahwin dan barang kahwin yang lain. Antara kasut-kasut yang aku minat:












Semua cantik-cantik!!!. Ohh my god, memang aku adalah shoemaniac. Hopefully esok jumpa kasut idaman hati

Thursday, September 20, 2012

Of wedding preparation

Ramai dah tanya macamana persiapan kahwin. Aku dengan selamba cakap biasa-biasa je. Bila diorang dah cakap "bukan dah dekatke?", barulah sibuk aku nak countdown. Tengok-tengok tinggal 79 hari lagi sebelum majlis berlangsung. But yet, baru sedar banyak benda tak selesai lagi. Aiyak!!! Mungkin selagi kad kahwin tak siap, selagi tu rasa cam ala kadar je persiapan kot.

Sebab tu blog update kurang sebab tiada apa yang nak di update tentang persiapan kahwin. Insyaallah bila ada progress, i will update it here.

Till then...

Wednesday, September 19, 2012

Wedding Preparation #4: Of colour conflict



I need help.  Mengalami masalah untuk memilih warna pelamin. Ceritanya bergini:

Baju bersanding adalah berwarna peach+ hijau mint. Tetapi tunang, emak, puan butik pilih warna pelamin gold+kuning+hijau tak berapa nak PAS. Sesuai ke warna pelamin tu? Rasa dah macam caca marba dah. I prefer to go with purple. But they were not agree with me. Lagi caca marba diorang kata. Then finally I choose warna putih+cream. Tunang pula tak bagi kata putus. Tetapi dia hint macam taknak warna tersebut. Saya pun dengan mood merajuk entah apa-apa. Takpala ambil jela warna tu kalau nak. Rasanya warna apa yang sesuai supaya tidak nampak caca marba.

The exact colour for my wedding dress

A little bit of wedding preparation update.

1.       Kad Kahwin
       Semalam baru dapat final artwork for kad kahwin. Ada a few yang kena betulkan such as map dan nama salah eja. Berurusan melalui email sahaja. Lepas buat pembetulan, hanya perlu email balik kepada vendor. Printing would take about two to three weeks working day after we approve the art design.

2.       Butik
Pelamin, baju nikah, baju sanding dan make up semuanya ambil dari butik yang sama. Baju nikah dan baju sanding akan dijahit oleh si pemilik butik. Minggu lepas baru finalized design baju sanding. Hopefully dia dapat jahit seperti yang saya nak. Cuma isu pelamin itulah.  I still thinking the color is not matching. Other than that, semuanya perfect.

3.       Barang hantaran
Barang hantaran lelaki semua sudah ada. Cuma yang perempuannya sahaja tak cukup lagi. Maklumlah rambang mata. Sekejap nak, sekejap taknak. Haish, seriously I cannot decide what I want. But guess what, bekas hantaran untuk pihak lelaki 50% siap. Yang 50% tak siap tu sebab tak letak bunga dan barang hantaran je lagi. Ye, saya memang suka buat kerja kreatif ni. Awal-awal dah siap. Tapi make sure kena simpan proper lah, takut berhabuk je.

4.       Borang-borang
      Sudah ambil borang kedua-dua pihak. HIV test will be on 9 Oktober at HKL. Dapat info hanya di situ dapat result on the spot. Hopefully this borang-borang thingy ni boleh settle smoothly. SEBAB, saya tak suka isi borang. Nanti jadi stress. Huhuhuhuhu.

5.       Makanan, khemah, DJ, door gift, bunga telur semuanya keluarga saya akan uruskan. Selesai masalah disitu.
Tinggal lagi dua bulan setengah sebelum majlis. Dan tak tahu kenapa preparation takdalah sibuk mana. Ermm… betullah mungkin saya ni last minit person kot. Masih tak terasa the heat of being bridezilla. Hahaha. Till then
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...