Daisypath - Anniversary

Followers

Sunday, June 17, 2012

Majlis Pertunangan

Alhamdulillah, majlis pertunangan aku selesai sudah. Majlis yang ringkas dan mudah. Budget tidak sampai pun RM1500 untuk majlis ini. Sebenarnya dalam RM1000 je tapi aku masuk jugak budget ayah beli periuk nasi besar yang baru yang berharga rm400 lebih.

Pihak lelaki membawa 5 dulang hantaran yang di balas tujuh oleh aku. TETAPI... 5 dulang hantaran tu tinggal jadi 4 je. Sebab satu barang hantaran tertinggal di rumah. hikhikhik. Apa-apa pun voila. Majlis selesai. Tak sampai 10 minit saya sudah menjadi tunangan orang.

Disebabkan kami buat keputusan untuk bertunang dua minggu sebelum, makanya persediaan adalah ringkas. Jadi kamu-kamu jangan risaulah masa tak cukup. Masa lebih dari cukup.

Apa aku buat?



1) Baju tunang beli siap sudah. (Lepas ni baju ni buat baju raya terus. Ha, kan dah jimat. Takyah beli baju raya dah. hikhik)

2) Mekap sendirian berhad. (Ala, kelengkapan mekap semuanya aku ada. Untuk majlis tak sampai 30 minit. Mekap sendiri sudah cukup. Cantik jugak apa)

3) Photographer? Minta tolong adik ipar sebelah sana tangkapkan. Dia ada DSLR. Cukuplah. Tapi kalau kamu-kamu ada budget lebih, hirelah photographer. Lebih afdal.







4) Hantaran aku minta emak dan adik beradik aku buat. Okla, cantik apa. Masa kakak aku kahwin pun kami adik beradik buat sendiri juga hantaran.




5) Jamuan makan mula-mulanya nak buat katering. Tapi last minit ayah aku nak masak sendiri pulak. Anggaran tetamu yang hadir lebih kurang dalam 150 orang. Kami anak beranak jugaklah kena masak. Terima kasih emak, ayah, Along, Aniza, Atan, Daus, Mak Yang dan diri ku kerana bertungkus lumus masak pada hari kejadian. Owh tidak lupa juga terima kasih kepada si dia yang sudi membasuh pinggan mangkuk cawan periuk belanga yang kotor selepas majlis. Menu pada haritu adalah nasi putih, ayam kari, ayam masak kicap, udang sambal, sayur campur, ikan masin goreng bawang, sambal belacan dan ulam. Rasanya? muahhh!! Sedap.



6) Satu khemah didirikan untuk memudahkan majlis. Harga khemah termasuk kerusi meja hanya RM150.

Selepas majlis, biasalah sesi suai kenal antara dua keluarga dan gosip-gosip hangat. Apa-apa pun terima kasih kepada semua yang datang dan memeriahkan majlis pertunangan yang tak seberapa ini.

10 comments:

  1. yup.. ipoh mari. sebab tu ade special list for photographer di ipoh.

    ReplyDelete
  2. tahniah... dah jadi tunangan org...
    ipoh kat mane??

    **mungkin boleh letak Manjafoto skali dlm senarai OP... OP saya sbnr nya.. saja promote (^_^)

    ReplyDelete
  3. boleh boleh nanti saya letak...
    ipoh kat tambun... you?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. kat jelapang.. hehe

    FB : https://www.facebook.com/manjafotonooreman.noorfaadi.9

    Blog :
    http://manjafotophotographer.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. nnti D ngn zarith nye wedding jgn Lupe invite sya taw =)

    ReplyDelete
  7. insya-Allah
    semua dijemput hadir memeriahkan majlis saya..
    dan sila habiskan mknn... ahakz!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...