Daisypath - Anniversary

Followers

Thursday, June 21, 2012

In searching of OFFICIAL PHOTOGRAPHER


Yes its late already. Considering my wedding day fall during school holiday, all my favorite photographer are already booked. Eleh semua konon, macam banyak sangat favorite photographer ko. Padahal dua je favorite ko. 


Itu satuhal, ada jugak yang kita minta quotation tak bagi. Maybe either the date is already booked or diorang nak ambil client yang extravagant. Eh, ingat aku takde duit ke? Banyak duit 5 sen aku simpan kat rumah tuh. 


Tak kisahlah tu. Cumanya, setiap orang patut ada nilai murni. Let say kita minta quotation tetapi tarikh majlis sudah fully booked. Apa salahnya just balas "the date is fully booked". Mudah tiadalah kite ni tertunggu-tunggu dan tak lah saya cop bad reputation. Manalah tau tahun mendatang kite nak guna photographer lagi, dah rugi ko kene band.

Enough berleter. Objektif entri ini ditulis adalah untuk memberi tips atau panduan memilih photographer di luar sana. Ini semata-mata tips aku lah. Or lebih mudah more on my preference dalam memilih photographer.

1st preference, aku memang nak pilih photographer yang dekat dengan tempat tinggal

  • Hence, aku just list kan photographer yang dekat dengan rumah aku je
  • Memanglah banyak photographer yang best kat malaysia such as candid syndrom, anas easkay, ect. Tapi diorang sume base kat kl. Jadi nak menjimatkan kos , pilihlah dekat dengan tempat tinggal. 
  • Tapi macam mereka-mereka yang kos bukan satu isu, boleh je nak ambil photographer dari mana-mana pun. Macam kes aku, aku pilih photographer yang ada kat Ipoh (you can see list of Ipoh Photographer at the right side of my blog)
Selalu bila aku query photographer, benda-benda ni mesti aku tanya, ini untuk memudahkan aku shortlisted untuk memilih photographer:


1) Date yang kita nak available ke tak?

  • If tak available, terus slash that photographer from your list

2) Photographer tangkap gambar sorang-sorang ke atau ada team?

  • Sebab bagi saya, saya suka yang ada team. Bila ada team ni, semua benda diorang boleh cover. Let say sorang photographer duk sibuk tangkap gambar pengantin. Aku nak sorang lagi photographer duk sibuk tangkap gambar orang kaut lauk, orang basuh pinggan, orang sambut tetamu. Pahamkan? Aku nak the whole majlis to be covered. (Berangan je, ntah dapat ke tak)
3) Album delivery.
  • Berapa lama diorang akan deliver album kita tu. Kalau setahun baru nak dapat album, whats the point rite?

3) Jika sesiapa yang ambil photographer jauh, soalan ini adalah wajib. Ada extra cas tak?

  • Selalu diorang cas kos penginapan dan perjalanan. But depend jugak.
Itu satu, lagi situ kene research sendirilah kualiti kerja mereka dan perkhidmatan mereka. Yang ini pun bergantung kepada preference sendiri juga. What I want to see is:

1) Sudut gambar di tangkap to capture perfect moment. This is refer to candid moment, bukan masa photographer instruct ko apa perlu ko buat. If he is perfect in capturing candid moment, i'm sure he will good in capturing non candid moment. Hihihi. Tapi selalunya yang memang pandai tangkap gambar camni, harga pun mahal sketlah. Erk, jadi sila tengok budget anda.

2) Post processing picture. Ini pun aku lihat juga. Kadang-kadang tangkap gambar takdalah cantik sangat, tapi bile diorang process gambartu, jadi cantik gambar tu. So, yes. I look into this also.

Picture taken from Annas Easkey blog (pinjam ye hihi). Cantik kan gambar die tangkap. That's what i mean by  perfect moment. 

Pinjam juga gambar ini. Another perfect moment by Annas Easkey

3) Pakej yang ditawarkan. Ini tengok kemampuan poket ko. 
  • Selalu dalam pakej, ada diorang bagi custom albumlah, sticky albumlah. Kalau tak kemampuan, just hire to take picture and edit picture. Then the rest, beli kat grouponlah! Ataupun milkadeal ataupun myimart. Lagi jimat.
  • Berapa majlis boleh cover. If dua-dua belah majlis boleh cover (nikang, sanding belah perempuan, outdoor belah perempuan, sanding belah laki, outdoor belah laki) with lower price given, than why not. Tapi yang ni kene perhatikan jugak. Ada sesetengah photographer just double the price, which is not in my preference.

Setakat ini, itulah yang aku lihat. Hasilnya, masih tak hire mana-mana photographer lagi. Hopefully this weekend can be settle. Tapi nak dapat semua preference yang berkenan di atas tu, mungkin tak dapat semualah.

p/s: Please ignore text background colour yang menjengkelkan itu. Don't know how to remove it.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...