Seperti dinyatakan dalam pos-pos sebelum ini. Saya ada blog khas untuk perkara berkaitan TTC sahaja.
Jadi, yang tengah TTC dan nak dapatkan info tentang TTC. Jom follow blog saya ya.
www.pcoserjourneytoconcieve.blogspot.com
See you there...
WarAries B2B
bride to be is now married happily ever after.
Tuesday, August 15, 2017
Thursday, April 7, 2016
Bertukar Kepada Produk Natural Dan Organic
SALAM SEMUA!!!
Lama aku tak update blog ni. Maklumlah dah ada blog baru. Cerita TTC semua cerita dalam blog baru. Macam2 cerita dan tips dalam tu. Sapa nak tau blog baruaku, sila email / komen kat bawah ye.
Anyway aku nak perkenalkan bisnes kecil-kecilan ku ni
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TTCian semua, dah bertukar ke produk organik dan natural ke belum?
Tahukah anda, produk yang banyak terdapat di pasaran kini dicemari dengan bahan kimia yang boleh menggangu sistem endokrin kita? Ia boleh mengganggu keseimbangan hormon dalam badan kita. SLS, paraben, pthalate, dea, peg dan lain-lain semuanya memberi kesan negatif kepada kesihatan kita termasuklah memberi kesan terhadap kesuburan kita. Ada juga bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser.
Jadi dari kesedaran itu, aku terinspirasi untuk menjual produk yang natural dan organik. Harapannya agar TTCIAN dan sesiapa sahaja di luar sana mempunyai pilihan untuk bertukar ke produk organik dan natural dengan harga yang lebih berpatutan.
Memang ada jual produk organik kat luar. Produk organik tidak semestinya bebas dari bahan kimia berbahaya. Jadi sebelum membeli tu, pastikan korang cek ingredient bahan tersebut. You will know what i am saying.
Jadi untuk info lanjut,
Like FB age - organicwar
Labels:
aleeya potion,
natural,
organik,
shaklee,
skincare
Thursday, December 3, 2015
Blog ini akan ditutup tetapi...
Hai semua!!!
Lamanya tak post kat sini!
Apa khabar semua? Sihat tak?
Anyway, aku bercadang nak tutup blog ni. Kalau tak tutup pun, banyak post akan hilang dalam ni.
Post yang hilang tu semuanya aku export dan import masuk dalam blog personal aku. And post TTC pula, aku akan export sikit ke blog anonymous aku.
Maka sudi-sudilah follow blog aku tu ye
ni alamat blognya:
www.wararies.blogspot.com
Untuk blog TTC, sila email atau komen email address anda dalam entri ini. Aku akan bagikan blog address TTC tu. Nama pun blog anonymous kan. Jadi taklehlah letak blog address di sini.
Email ke: ganthene@gmail.com
Email tau! Atau komen je. Komen tu takkan di publish tau.
Lamanya tak post kat sini!
Apa khabar semua? Sihat tak?
Anyway, aku bercadang nak tutup blog ni. Kalau tak tutup pun, banyak post akan hilang dalam ni.
Post yang hilang tu semuanya aku export dan import masuk dalam blog personal aku. And post TTC pula, aku akan export sikit ke blog anonymous aku.
Maka sudi-sudilah follow blog aku tu ye
ni alamat blognya:
www.wararies.blogspot.com
Untuk blog TTC, sila email atau komen email address anda dalam entri ini. Aku akan bagikan blog address TTC tu. Nama pun blog anonymous kan. Jadi taklehlah letak blog address di sini.
Email ke: ganthene@gmail.com
Email tau! Atau komen je. Komen tu takkan di publish tau.
Saturday, October 10, 2015
TTC Blog Bertukar - sila follow blog baru saya
Setelah lama aku fikirkan. Aku bercadang nak tukar bloglah.
Blog khas yang bercerita tentang TTC sahaja. Blog anonymous supaya aku lebih bebas untuk bercerita.
Blog ini akan berjalan seperti biasa. Cuma tidak akan bercerita pasal ttc dah. Tujuan asal blog ni pun sebenarnya untuk bercerita tentang b2b.
sila email aku di ganthene@gmail.com
atau komen di entri ini berserta email anda. Aku akan berikan blog address yang baru.
Don't worry, the comment will not be publish.
sila email aku di ganthene@gmail.com
atau komen di entri ini berserta email anda. Aku akan berikan blog address yang baru.
Don't worry, the comment will not be publish.
SEE YA IN THE NEW BLOG
Tuesday, July 16, 2013
Wedding Review#14: DIY Kasut Nikah
Rancangnya nak up entri pasal DIY kasut nikah ni sebelum
kahwin. Seperti biasa, ada je hal lain. Maka, baru nak up entri ni.
Burukkan kasut ni? Kasut ni dah lama aku tak guna sampai
bahagian belakang kasut ni dah mengelupas kulitnya. Sayang nak buang kasut ni. Lagipun
bahagian lain kasut ni tak mengelupas dan masih cantik berkilat. Makanya,
setelah mencari idea di internet, datanglah idea nak make over balik kasut ni.
Aku bercadang untuk bahagian belakang tu dengan glitter dust.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Gam putih
- Berus lukisan
- Glitter dust
- Surat khabar
- Tisu/Tisu basah
Cara-caranya:
- Bentang surat kabar dulu ya, untuk mengelakkan per”sepah”an glitter dust itu di atas lantai.
- Cuci bahagian yang mahu di make over itu dengan tisu/tisu basah.
- Bila da bersih, guna berus lukisan untuk sapu gam putih ke kasut. Pastikan serata yang boleh. Lapkan dengan tisu di bahagian lain yang terkena gam.
- Selepas itu, taburkan glitter dust di kawasan gam itu. Tabur je banyak-banyak.
Sebahagian yang sudah siap
- Biarkan kering. Bila dah kering, ketuk-ketuk sikit kasut tu di atas surat khabar untuk buang sisa-sisa glitter dust yang tak melekat.
- Lap kasut dengan tisu/tisu basah.
- Masukkan balik glitter dust yang jatuh atas surat khabar ke dalam bekasnya balik.
- Ulangi proses yang sama untuk kasut sebelah lagi.
- Siap!!!
Inilah hasilnya. Maaf, waktu ni tak cuci lagi kasut ni. Sebab tu nampak comot sikit
Mudah sahajakan.
Selamat Mencuba!
Labels:
DIY,
Wedding Review,
wedding shoes
Monday, July 15, 2013
Wedding Review#13: Makanan untuk kenduri kahwin – bukan catering
Alhamdulillah, makanan sangat sedap. Ramai tetamu yang hadir
puji sedap. Sampaikan kawan-kawan aku
nak tambah lagi.
Kusyuk tetamu menjamu selera
Bersyukur, aku tak perlu upah caterer untuk masakan
kenduri. Setiap kenduri kahwin yang
diadakan di perumahan aku, pihak surau akan volunteer untuk masak lauk kenduri.Cuma, kena booked tarikh di papan tanda yang terletak di surau.
Pihak tuan majlis hanya perlu tetapkan jenis masakan dan sediakan
bahan-bahannya sahaja. Yang lain-lain, pihak surau akan uruskan. Pihak surau
tidak meminta apa-apa upah pun. Sebagai cenderahati, pihak tuan majlis selalunya
akan beri sedikit hadiah. Selalunya kain pelekat dan kain batik.
Walaupun pihak surau yang sediakan, penduduk di perumahan
aku akan turut serta membantu bergotong-royong memasak makanan sehingga majlis
selesai. Dari memasak, menghidang, mengemas dan mencuci pinggan mangkuk, semua
mereka uruskan.
Makcik-makcik di perumahan aku yang membantu cedok lauk
Semua urusan berkaitan makanan ni ,ibu bapa aku yang
uruskan. Jadi aku tak tahu berapa duit habis untuk makanan ni. Berbanding catering,
masak macamni adalah jauh lebih jimat.
Nasib baik lauk adalah cukup-cukup, tak kurang dan tak
lebih.
Lauk pada hari majlis haritu:
- Nasi minyak
- Ayam masak marah
- Daging masak kurma
- Sayur campur masak kari
- Arca Buah
- Buah tembikai
- Air Sirap Sunquick
- Agar-agar (buat sendiri di rumah)
Maaf, gambar makanan dari OP tiada. Jadi gambar-gambar ini sahaja
ada dalam simpanan.
Air sirap sunquick yang sangat sedap. Nyum Nyum Nyum!!!
Lauk kenduri di meja makan pengantin
Friday, July 12, 2013
Honeymoon Roadtrip to Phuket#7: Tips memandu kereta ke Phuket, Thailand
Tak habis-habis lagi cerita pasal Phuket ni. Rasanya, semua
benda dah dikongsi tentang bulan madu kami di Phuket. Jadi entri kali ni nak
cerita tips pula.
Untuk siri sebelum ni:
1. Honeymoon Roadtrip to Phuket #1: Sepanjang perjalanan ke Phuket
2. Honeymoon Roadtrip to Phuket #2: Two Villas Holiday Phuket, Bang Tao Beach
3. Honeymoon Roadtrip to Phuket#3: Aktiviti
4. Honeymoon Roadtrip to Phuket#4: Siam Niramit
5. Honeymoon Roadtrip to Phuket#5: James Bond Island dan Fantasea
6. Honeymoon Roadtrip to Phuket#6: Makanan di Krabi-Phuket-Unknown Place
Untuk siri sebelum ni:
1. Honeymoon Roadtrip to Phuket #1: Sepanjang perjalanan ke Phuket
2. Honeymoon Roadtrip to Phuket #2: Two Villas Holiday Phuket, Bang Tao Beach
3. Honeymoon Roadtrip to Phuket#3: Aktiviti
4. Honeymoon Roadtrip to Phuket#4: Siam Niramit
5. Honeymoon Roadtrip to Phuket#5: James Bond Island dan Fantasea
6. Honeymoon Roadtrip to Phuket#6: Makanan di Krabi-Phuket-Unknown Place
Kepada yang ingin memandu ke Phuket, disarankan gerak
sebelum tengah malam supaya anda sampai ke Phuket waktu pagi. Jadi pagi tu
bolehlah berehat sekejap sebelum beraktiviti petangnya. Kami silap di situ.
Kami bergerak awal pagi. Masuk sempadan dalam pukul 8 pagi. Kami berhenti di banyak
tempat seperti Trang dan Krabi sebelum sampai ke Phuket. Maka kami sampai
Phuket waktu orang balik kerja. Jalan sangat sesak waktu ni dan kami boleh sesat cari villa kami disebabkan singboard ke villa ni ada yang
terlindung oleh pokok dan arah papan tanda yang salah. Makanya, malam tu duduk
kat villa sahaja sebab penat.
Tips sebelum ke Phuket
1. Pastikan passport anda masih hidup lagi dan masih boleh
digunakan (6 bulan sebelum passport mati). Walaupun passport 6 bulan lagi nak
mati, tapi anda tak boleh keluar negara dah tau. Jadi cek dulu tau.
2. Pastikan roadtax
tak mati. Bawa geran kereta sekali. Tak pasti sama ada yang fotostate punya boleh guna atau tak.
3. Sila buat insurans
Thailand untuk kereta anda kerana insurans yang anda buat di Malaysia tidak cover Thailand tau. Insurans hanya cover Malaysia dan Singapura sahaja. Aku
tak ingat berapa ringgit tetapi sangat murah dan bergantung berapa hari anda
tinggal di Thailand. Insurans ni boleh di buat berdekatan sempadan Bukit Kayu
Hitam. Insurans ni boleh buat awal dari tarikh nak masuk Thailand ni.
4. Aku tak dapat nak bagi tips seterusnya kerana aku
terlepas pandang langkah seterusnya semasa melalui sempadan. Sebenarnya, aku
tak cop pun passport aku! Nasib baik tiada apa-apa berlaku sepanjang kami di
Thailand. Sebabnya, kami ingat prosedur sama seperti masuk Singapura. Tetapi
sebenarnya tidak. Selepas lepas Imigresen Malaysia, ada satu tempat untuk park kereta. Park kereta di situ. Kemudian semua orang kena keluar dari kereta
dan pergi ke kaunter berdekatan untuk prosedur seterusnya.
Tips semasa memandu ke Phuket
1. Lebih mudah jika anda ada GPS. Aku hentam je guna GPS
handset aku. Sesiapa yang pakai postpaid, pastikan roaming dulu k. Aku ingatkan
mahallah kena cas bil telefon. Tetapi rupanya tidak.
ATAU
2. Beli peta Thailand dan pandu mengikut arah dalam peta.
*Nota: Kami betul-betul guna GPS semasa hari pertama sahaja.
Hari seterusnya jarang guna sebab sudah hafal jalan. Takdalah susah sangat
jalan kat Phuket ni.
3. Jangan risau, jalan di Thailand adalah cantik. Takda
lubang-lubang. Tol pun takda. Kereta di lebuhraya pun tidak banyak. Papan tanda pun tulis dalam bahasa rumi. Jadi
mudah. Siap boleh pilih jalan mana nak ikut.
4. Pastikan anda bawa bekalan makanan dari Malaysia untuk
makan sepanjang perjalanan. Kerana kebarangkalian untuk jumpa makanan halal tak
di ketahui. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Kami bernasib-baik juga
kerana tempat rehat (di sepanjang lebuh raya) yang kami berhenti ada makanan
halal. Rupa-rupanya tempat-tempat yang kami berhenti itu adalah dihuni oleh komuniti
beragama Islam.
Tips di Phuket
1. Makanan halal mudah didapati berdekatan dengan masjid.
Kalau tak jumpa masjid, ada je tempat makanan halal bersepah. Cari sahaja tanda
halal atau orang berniaga yang pakai tudung. Sebelum tu kompemkan dengan orang
kedai makan itu samada halal atau tidak.
2. Jangan shopping cenderamata, t-shirt dan sebagainya di
sepanjang pantai Patong, kerana harga adalah sangat mahal. Sila shopping di Otop
Road. Kalau tak tahu kat mana, tanya je orang-orang kat sana. Kami dapat tahu
pasal Otop Road ni pun sebab ada seorang pelayan kedai makan bagitahu kami.
3. Semasa tawar-menawar, pastikan anda tawar 75% atau 50%
daripada harga yang dinyatakan penjual. Percayalah, kerana selalunya harga
diorang jual 100% lebih mahal dari harga sebenar. Tapi kadang-kadang rasa tak
sampai hati nak letak harga rendah sangat. Eh, eh, bukan aku ye, yang the other half.
4. Banyak tour agency dekat Phuket ni, lagi-lagi dekat
Pantai Patong. Sampai tak larat nak pilih. Kami ambil je pakej dari tour agent yang kami nampak. Malas nak
survey-survey. Mudah kalau ambil pakej dari tour
agent ni, sebab diorang akan ambil dan hantar balik kita ke hotel. Tetapi
untuk tiket Phuket Fantasea dan Siam Niramit, lebih baik anda beli sendiri kat
kaunter masing-masing. Dah namanya bawa kereta, apa nak risau nak naik public transport semata-mata nak beli
tiket. Lagipun dua-dua tempat ni senang nak cari. In fact, boleh dapat lebih dari tu. Anda boleh pilih seat mana yang anda nak dan
kadang-kadang anda boleh dapat free seat
upgrade lagi kalau tak ramai orang masa tu. Jimat ok. Ini berdasarkan
pengalaman kami. Kami beli tiket Phuket Fantasea dari travel agent, sekali dapat seat
paling atas dan belakang ok. Memang tak nampaklah kan keseluruhan
persembahan. Jadi rasa tak seronok. Untuk Siam Niramit pula, kami beli terus
dari kaunter. Pilih seat paling murah
tapi lokasi seat masih acceptable daripada seat Phuket Fantasea. Tetapi
tiba-tiba diorang bagi kitorang free
upgrade ke seat yang lebih bagus.
Jadi kami sangat seronok tengok Siam Niramit berbanding Fantasea.
5. Memandu di Phuket juga adalah mudah. Elakkan jalan di
Pekan kerana selalunya akan sesak. Gunakan jalan pantai. Walaupun jalan
pantainya berliku dan banyak turun-naik bukit, tetapi tak sesak. Cuma kena
berhati-hati dengan motosikal yang suka bawa perlahan dan tengah-tengah jalan.
Itu antara tips-tips yang aku boleh bagi berdasarkan
pengalaman aku. Jika ada lagi tips yang aku teringat, aku tambah di entri ini
ok.
Subscribe to:
Posts (Atom)